BEN ASHAARI

Wednesday, September 9, 2009

IKAN SUMBAT KELAPA

Ikan Sumbat Kelapa
Salam sejahtera semua....Hari ni tak leh nak cerita banyak, sebab apa?..Sebab kerja banyak, kena fikir banyak....kena laksanakan tugas yang banyak dan segala2nya banyak belaka tak de
yang tak banyak!!!....waaa punya pala pun "banyak" pening woooo!!!...Apa2 pun layan jelah lauk yang mudah, senang dan sedap disantap bersama nasi hangat, kicap, sambal belacan dan ulam2man...tapi kan kalau nasi tu masak lembutt sikit, lagi syok u makan sama ini lauk...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan kembong saiz besar (nak guna ikan cencaru pun ok)
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih (guna kelapa untuk buat inti)
2 helai daun kunyit, hiris halus
Garam dan sedikit gula
Putih telur dari 2 biji telur
2 camca besar jus asam jawa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1 biji cili merah*
8 biji cili padi*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan bakar*
1/2 inci kunyit, dibakar*(*ditumbuk hingga lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibelah belakang, buang insang dan segala isi perutnya, cuci bersih dan berhati2 supaya bahagian perutnya tidah terkoyak. Satukan bahan2 tumbuk lumat bersama kelapa parut, jus asam jawa, putih telur, hirisan daun kunyit dan tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
  2. Ikan tadi di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Bahagi 5 bahan2 no. 1 tadi, isikan setiap bahagian ke dalam ikan yang telah dibelah belakangnya. Kemaskan dan buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi dengan api sederhana sehingga masak, terbalikkan ikan perlahan2 untuk mengelakkan kelapa tadi terkeluar. Tujuan menggunakan putih telur sahaja, ialah untuk mengelakkan minyak berbuih semasa proses menggoreng ikan.
  4. Hidangkan ikan tadi panas2 bersama nasi dan lauk2 kegemaran yang lain. Selamat mencuba...

5 comments:

d i d a said...

sedappnyaa~~

ain said...

waduhhhh....sedap ni cik mat!!!

rinnchan said...

Ek Eeeehh...Kak Rinn kalau masak nasi pun suka bagi dia lembut sikit. Baru meresep kuah-kuah dan gravy-gravy masakan kalau kita gaul2 kannn.....

Psst : Tapi mak mentua suka masak nasi yang peroi... macam keras lah sikit. Boleh nampak seketui seketui nasi tuuu...he heh heh... Kalau dia mai umah kena lah daku masak nasi tak lembik !!

Tapi betullah, posa-posa ni nak masak yg ringkas2 jer kann.... ringkas2 masakan mat adalah yg susah buat org lain wakakaaaaa... lawak jer nooo

Noralis said...

Salam Che Mat, apa khabar? Busy lagi ker..
Che Mat, amboi dah main lagu Raya nampak, buat Eden leleh aje...ialahkan mestilah Rindu nak beraya dgn keluarga di Msia...apa pun masakan Che Mat dibulan puasa ni sugguh menjadi pojaan hatiku...just looking at those pictures can makes me droll...ikan goreng sumbat & terung masak kicap memang sedap makan ngan nasi putih...since Che Mat dah main lagu Raya, bolehlah saya nak ucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir Batin...dari benua Afrika...

Noralis.

sweet_apple said...

wahh nmpak sedapppp :) yummy!!