BEN ASHAARI

Tuesday, August 25, 2009

ROTI SOSEJ BERKEJU

Roti Sosej Berkeju
As'laikum semua, selamat petang, mesti semua tengah sibuk di dapur dan ada yang tengah gedek2 kat bazar ramadhan. Hari ni mat macam kehabisan idea lah nak masak apa, jadi tadi siang tengok bahan2 untuk buat roti semua ada, dan kebetulan sosej pulak memang ada simpan dalam freezer, jadi projek roti sosej gulung pun bermula....Terima kasih pada Breadmaker ku yang telah banyak berjasa....Resipi ni mat pernah buat dulu dan letak kat n3 lepas, asas dohnya dari Chef Norzailina Nordin.....

Roti Sosej Berkeju
Kejadian roti ni kan, memang lembut dan gebu, rasanya pun sedap tau (Weyy!!!, jgn ingat ceQ tak puasa pulak, sebab tau sedap, dulu2 dah pernah buat!!!)...Jadi, sesapa yang rasa macam rajin dan tatau lah nak buat apa kan, boleh lah mencuba....Untuk satu adunan doh ni boleh dapat 14 - 15 ketul roti sosej...banyak kan, tapi i tell u, budak2 memang suka makan roti nie, kalau warga "emas" ada tu geli u nak makan..ahaks....

BAHAN -BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (mat guna sosej "Ayamas"= 14 batang)
2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
  3. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

11 comments:

花花 said...

Mat Gebu
nak tumpang tanya, roti yang over "naik" can cause the roti become hard ?

TQ/kh

Chempaqa said...

salam cmg...waaaaaaaa..bukak pose dgn roti nie mesti biru mata hitam ku kan..kan..kan..
yaaaaaa amponnnnnnnnnn kompem sedap nie..lpas terawih..pkena dgn kopi panas..rotii bkeju..perggggg..lupa sahur nie..hihihi

rinnchan said...

Lambat mai ucap Selamat Puasa Maaf Zahir Batin lah kat Mat kali niii....
K Rinn pun kena masak hari2 bulan puasa ni sbb semua orang ada kat rumah ! Almaklumlah cuti sekolah... Budak2 ni mcm2 request pulak.
Krinn pun rajin gak buat roti sosej walaupun bukan versi ni tapi yg krinn nak tergelak tu..kekadang bila dah gulung doh tu kat sosej..bila dah naik, nanti adalah dua tiga kerat yg "out of shape"..Huduh bebenor ghopernya kan, keh keh keh....
Roti sosej Mat nampak ayu sungguh !!!

hot mama said...

menggodanya roti sosej cik mat...dah lama breadmaker am berehat...yg guna oven jer... asyik kena perli ngan hubby jer dah 'jenuh' mkan roti (maksudnya am xbuat2 la tu..)nampak gaya kena try jugak la... buktikan pembelianku berbaloi...

dok tengok cik mat punya kitchen aid pun bekenan sangat...kalo la am beli n hubby tau harga mesti pengsan!!haha...ala, org laki ni bkan appreciate sgt benda2 camni..yg tau nak makan jer huhu

MULAN said...

memang sedap roti tu tapi saya lemah bab2 buat roti ni.. ta[i tahu kukus tu mmg senang & enak kan..

Ummi said...

Mat, akak igt akak dah rabun tadi..sosej tu dgn jari ko nmpak serupa jek, hiiksss(*ampuuuunnn)..bukan salah ko rupanya..mata akak yang dah ngantuk ni..hiiiksss! Selera gak tgk roti sosej camni..Panas2 kalau wat bersahur pun ok..x larat nak makan nasik dah Mat.. :D

CT Delima said...

Tergoda dek roti sosej mat ni.kalau berbuka wat ni agak2 nya nasi anak2 k.ct pandang tak mat hehehe.

Noor said...

Gebu nampaknya roti cik mat nie...best jugak ye kalau cheese di kepil macam tu...selalu saya balut kat luar saja so bila bakar dia meleleh sikit cheese tu nampak comot. Tq...nanti noor nak cuba buat camnie jugak.

Amalina said...

ooooooooooooooooooooooooooooooo... macam tu rupanya nak buat roti tu. main lilit kat sosej nooo.. siyes saya xpnh tau spjg 24 thn saya ada d muka bumi ni.. huu.. ilmu baru hari ni.. =)

echah_syed said...

mat bole bukak kedai roti nih :)

MamaFaMi said...

Mat, gua dah buat roti lu ni, tapi tak jadi lawa macam lu punya roti.. lu tak ajey gua mantera dia ka Mat...sampeyyy hati lu....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.