BEN ASHAARI

Wednesday, August 12, 2009

ROJAK TEPUNG

Rojak Tepung
As'laikum semua, selamat petang Rabu, cuaca kat Sedenak ni mendung dan sat tadi hujan lebat u. Hari mat buat rojak tepung, resipi ambik kat blog "Hana" yang nun jauh di negara Jepun...Pstt dia tu jawaa kooo, tah2 cakap jepun pun ada munyi "jowo"..ahak, ampunn Hana!!.. Mula2 dulu mat ingat rojak tepung tu apa lah.. rupanya ala2 rojak mamak.. Tapi i tell u makcik2 dan pakcik2 semuaa!!!, sedap tau rojak ni..Sesuai untuk bulan puasa akan datang ni...dah lah budget murah, jadinya pun muai (banyak)...jadi memang berbaloi-baloi gitu..tul tak Hana?...

Rojak Tepung
Lagi satu kan rojak ni kira versatile, kalau letak mee, dah jadi rojak mee, kalau campur ayam dah jadi rojak ayam (ambik dari blog hana...dia tulis macam tu)... Lagi satu lupa nak cerita, projek buat rojak ni dimulakan sebelum jam 9 pagi tadi, sebabnya mula dari jam 10 pagi hingga 5 petang, kawasan kampung kami tak dak letrik, depa buat penyelenggaran. Tu jelah ceritanya tak delah bes sangat kan... Ok semua jom semak resipi...

BAHAN-BAHAN KUAH :-)
10-15 tangkai cili kering
40 g kacang tanah, goreng dan kisar halus
60 g biskut tawar, kisar halus (susah2. guna biskut cream cracker jee)
3 camca besar gula melaka
6 - 7 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

BAHAN-BAHAN TEPUNG (CUCUR) :-)
2 cawan tepung gandum
1 camca besar (rata) yeast segera
3 camca teh gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk kunyit@pewarna kuning
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Timun, dihiris
Sengkuang, dihiris
Tauhu, goreng dan dihiris
Telur, rebus, goreng dan belah
Tempe, goreng dan potong
Kentang, rebus empuk, goreng dan belah
Salad, dikerat2
Ayam goreng, dipotong2 (optional)
Mee kuning, dicelur (optional)
Kangkung, dicelur (optional)
Taugeh, dicelur (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK TEPUNG (CUCUR) :- Satukan semua bahan2 cucur, kecuali air, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Seperti bancuhan cekodok. Perap 1 jam, kemudian goreng seperti cekodok biasa dalam minyak panas, hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Buat hingga siap.
  2. UNTUK KUAH :- Cili kering dicuci bersih dan toskan, biar air pada lada tadi kering. Goreng dalam minyak panas hingga harum, jangan lama2 nanti hangus. Kisar lada tadi bersama bahan yang bertanda (*) hingga halus. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar tadi hingga harum, masukkan air dan biar mendidih. Tambah kacang kisar, biskut kisar dan gula melaka. Kacau rata dan parasakan dengan garam secukupnya. Tambah sedikit lagi gula pasir, sebab kuah rojak ni memang manis2 pedas.. Masak hingga pekat sedikit. Matikan api.
  3. UNTUK ROJAK TEPUNG :- Cucur tadi dipotong sederhana besar, letak dalam bekas sesuai bersama bahan2 lain. Tuang kuah secukupnya dan gaul rata2. Hidangkan segera...Nikmatilah dengan sepenuh jiwa dan raga untuk mendapat kesan yang lebih sempurna....hehehehe....

12 comments:

hana said...

perghhhh!! aku pulak yg nk ngencess nengok rojak ko! ader tempeee... nih sape yg jawa nih?? ko ker aku??! hahahaha...

CT Delima said...

memang berbaloi baloiii lah mat.k.ct memang sukaaaa sgt rojak tepung ni.pernah makan kat kedai mamak kat KL ni tapi kauh dia kale merah lak..pelik tapi benar tu kan hehehe

nanti nak cuba gak lah buat.tapi sikit jer lah..org kat rumah ni ada jakun sikit mat huhuhu

ain said...

ni pun fav saya gak ni. bila ler rajin nak try ek..???adoiii!!!

Aishah@Ariffin@Aqil said...

Wahhh.. Menu Ramadan dah start..

Azita said...

yg menambahkan kesedapan rojak ini ialah pinggan antik yang lawoooooo tuuuuu....!

Ummi said...

Mat, lahaiiii..kelmarin baru akak duk tenung2 rojak tepung Hana tu kat rumah dia..aleh2 ko dah merojak dulu...tumpang makan sini je laahh...hehe...(sambil tu, nyanyi lagu, tenung2 di muka, tenung2 di mata..yang rojak jawa memikat jiwa...hahahaa)

~~zAnAfAhMi~~ said...

kat Kota Kinabalu ni ada satu tempat je yg sedap bab2 rojak ni, baru tadi akak makan.....tp org kata kacang tanah ni kalau mkn bnyk, boleh mendatangkan angin.....camna tu? hati dah suka, makan jugak la....

♡ Eibu June's ♡ said...

salam mat gebu...
adoiii...tak tahanlah tengok rojak yang mat dah buat nie...
tak kira ah nak buat jugak nanti sebelum pose....
p/s: hari2 masuk sini intai resepi dan hari ni aje tergerak nak tinggal komen...mat jgn marah ye ^__^

farishfarisha86 said...

salam mat gebu...
nak tanya r....biskut tawar tu yg mana ek??
hehe...sy budak baru belajar...

azrina said...

menarik nnt saya nak cuba wat nie..tgk la esk ka lusa ka..banyak resepi nak di "try" nie..persediaan bulan pose..

geraugebang said...

wah, bukan main lagi cek mat, letak kuah dalam cawan. kalau terminum aduhai. cerrrr la 3 hari nampaknya. he he he.

rahsiaduitfree said...

time kasih ilmu yang dikongsi