BEN ASHAARI

Saturday, June 27, 2009

KEK LABU MANIS

Kek Labu ManisAlign Center

As'laikum semuaa...Hari ni mat tak masak siang, mungkin petang nanti baru masak. Oleh yang demikian pagi tadi mat telah membuat sebiji kek labu manis, maklumlah kat rumah kami ni musim labu manis belum habis..Ada banyakk!!!...Resipi kek ni mat dapat dah lama, sampai tak ingat dari mana...kalau tak silap dari internet juga, cuma ada sedikit pengubahsuaian dalam resepi. Buatnya mudah dan tak merumitkan.

Kek Labu Manis

Kalau nak ikutkan resipi ni menghasilkan family size cake...besar tuuu, jadi yang mana penduduk rumah agak sikit, pepandai lah kurang kan resipi pada 1/2 bahagian atau 1/3 bahagian. ok jom kita tengok resipi.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...

9 comments:

Ummi said...

Amboiihh nampak sedapnya kek labu..alamat montok cam labu la ko nnt Mat, duk tibai kek labu pulak..hehe..tp set cawan tu..sweetnya bunga biru eh... :D

MULAN said...

ngancam benor sup laksa tu.. kek labu tu buat meleleh je..

dapur dah lama tak berasap ni.. oh bilakah rutin normal akan kembali..?

My Asian Kitchen said...

Mat,labu manis tu pumpkin kaH? you buat kek almost tiap tiap mingggu,boleh habis kah? I buat kek after 2 minggu still ada 1/2 ,kena masuk tong sampah.tak ada orang makan:(

zurayda said...

Salam Cik Mat....

Saya ada cuba buat kek ni semalam. KLuar dari oven.. memang cantik. pagi tadi masa nak potong dia jadi benyek :(. Nape ye? Labu saya blend dengan bahan2 yg perlu dipukul mngunakam whisk. Sebab itu ke? Lepas tu keknya warna kuning, bukan warna coklat mcm kek mat.

Terima Kasih ya Mat.

Alina said...

NAk try buat esok..klw jadi.nak buat lagi utk bawa balik kg..hadiah utk mak metua..thanks for resepi yg simple & senang ini:)

Along said...
This comment has been removed by the author.
Along said...

Hi Mat Gebu..Alhamdulillah..akhirnya along berjumpa juga blog Mat nie..dulu Along cari recipe Mat kat Recipe.com...tp Along perasan Mat dah lama tak post kat website tu..thanks ye..kongsi recipe..ade beberapa recipe MAT lah Along buat..semua Alhamdulillah menjadi..Semoga ALLAH yg membalas budi MAT...Thanks again :)

Along said...

Hari Along tgh buat kek labu nie...sangat suka labu sbb Rasulullah suke labu..harap menjadi lah yer...biasalah along nie tak lah pandai masak cam Mat..masak pun tgk recipe byk kali :D ... thanks lagi sekali yer...

AKA said...

Saje cari resipi-resipi baru dlm internet nie.Jumpa resipi kek labu Mat.Saya cuba sebagaimana yang dicatat dalam resepi tu. 100% sama. tapi ngapa kek tu tak naik..gebu..lembut macam kek mat tu?