BEN ASHAARI

Monday, May 25, 2009

CARROT POUND CAKE

Carrot Pound Cake

Lama juga rasanya tak buat kek...Sebenarnya mat ada juga buat kek, tapi masa buat dah petang, jadi nak tangkap gambar pun nanti tak cun, oleh yang demikian, habis lah kek tu dimakan oleh sekelian penduduk rumah yang ada...

Carrot Pound Cake

Kek ni agak mudah dibuat dan yang bagusnya, kita boleh pelbagaikan rasanya mengikut citarasa masing2. Contohnya kalau tak suka carrot, boleh letak blueberry (beli yg untuk buat pie filling tuu..)...kalau nak letak strawberry pun boleh, nak buat marble pun boleh dan macam2 lagi lahh...ok, tak mo cerita banyak..jom tengok resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
2/4 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
  3. Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
  4. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.

14 comments:

Nor said...

salam che mat, berkenan la dgn kek carrot ni. nak tanya skit, gula tu 2/4 ke 3/4 cawan?

Mat Gebu said...

Nor...
salam nor...gula tu 3/4 cawan, kalau di campur sekali dgn gula perang...tapi kalau nak guna semua sekali gula halus pun boleh juga...tak de masalah..

Nor said...

jd maknanya gula halus tu 1/2 cawan jer la ya.. sbb kat resipi tu che mat letak 2/4 cawan. ok.. tq

ain said...

nak try..nak tryyyyy!!! nmpak senang nak buat!

ain said...

cik mat...nak tanya..tepung berapa byk ye???

Mat Gebu said...

Nor...
Yeaa betullllll kata tuan hamba ituuu!!

ain...
Adehh nasib baik u tanya, saya tercicir tepung gamaknyaa...tu dah edit balik, terima kasih byk2 yeaa.

Nor said...

salam che mat, smlm k.nor dah buat kek carrot ni.. alhamdulillah yummy sgt, mmg mabeles nak2 bila letak creamcheese frosting tp k.nor buat dlm bentuk cupcake. tq che mat

Mimi said...

salam mat
nak tanya lah mcm mana kalu kita nak buat kek pound yg gebu n teksturnya halus mcm kek silverbird tu?

Mat Gebu said...

kak nor...
Terima kasih kak nor, sebab sudi mencuba...eh betul jugak kan, nanti saya nak cuba letak cheese frosting juga...

mimi...
salam mimi, apa kata u cuba resipi yang ni, tapi tak payah letak lobak merah, just plain pound butter cake..n one more thing, guna high quality butter for best result, macam jenama golden churn, anchor atau s.c.s... Lagi satu tepung gandum tu cuba u ganti dengan tepung halus atau "hong kong flour"....Selamat mencuba!!

Mat Gebu said...

mimi...
Lupa pulak satu perkara..kalau u guna tepung Hong Kong, + 1 teaspoon baking powder dan ayak 3 kali yeaa....

biEha said...

cik matttt...biha da try da resepi ni..sedapnyer dapat makan panas2 walopun hangus diatas...huhuhu...

thnks for the receipe...

laman seni said...

salam En.Mat. Nampak sedap kek u. I ambil resepi sebab i ni suka mengumpul koleksi2 resepi

ilah said...

salam en mat, saya dah try buat kek carrot tu, bila dah siap sya tgk parutan carrot tu mendap kt bawah je... tak mcm dlm gambar en mat tu cantik je.... Kenapa jd mcm tu ya en mat???? Saya dah ikut step by step tp jd mcm tu jugak...

kaseh suci said...

mohon share resepi..:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.