BEN ASHAARI

Friday, March 13, 2009

PLAIN VANILLA MUFFIN

P1110839

Tadi macam terrrajin pulak nak menerai muffin vanilla kosong yang ada dalam satu buku baking ni, nampak mudah ringkas dan sedap..Memang betul, buat dia cepat dan hasilnya agak banyak (bergantung pada saiz paper cup/muffin cup yang anda guna).

Strawberry Vanilla MuffinAlign Center

Sebahagiannya saja2 mat letak strawberry jam (jenis yang kurang gula)....dah jadi 2 jenis muffin, strawberry dan vanilla....Sempena cuti sekolah ni, boleh lah ajak anak2 buat sama, tentu mereka seronok....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan susu segar (mat guna susu cair)
1/2 camca besar esen vanilla
Kepingan badam*
Strawberry jem*(*optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Atur paper cup dalam tin muffin atau gunakan muffin cup jenis keras. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam paper cup atau muffin cup tadi. Tabur badam dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.
  3. UNTUK STRAWBERRY MUFFIN :- Sudukan 1/2 camca teh strawberry jem (kalau dapat jem yang kurang gula), taburkan badan keping dan bakar hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang....

14 comments:

ain said...

tengok resipi mcm senang, boleh try kalau penyakit rajin dtg.

SiS-lin said...

mudah dn ringkas je kan amt...aku nk try cuti sekolah ni...

sweetlilly said...

Ah Mattt AaaAa.. Muffinmu ituewww .. Awwww menggoda sungguh... Tergohda haku tawWwWwww.. ni yang dah gatai tangan nak memuffin ni...

CT Delima said...

mat..nanti ct pun nak buat gak.ank2 mmg suka makan muffin ni mat.. :)

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam cik mat...
tilik2 resepi pon cam senang je nih...

cikmanggis said...

tengok muffin ni..hmmm..tak jadi cikmanggis nak diet!

nisa96 said...

Salam Mat, apa bezanya kalu guna susu segar dgn susu cair?

Ummi said...

Salam Mat, lama x nampak..bz ke? Akak terkomen pasal muffin ko yang cantik menggunung ni kat bawah tu pulak..hehe...Minggu ni shopping apa Mat?

Judith said...

Mat, Muffinsnya cantiiikk .. anak anakku suka sekali makan Muffins, nyammii and praktis :-D Salam..

Mat Gebu said...

ain...
Memang senang membuatnya..lepas tu muai pulakk..

sis-linn...
sila mencuba...ajak amat dan 2lagi tu buat..lembutt je muffin ni, lepas tu tak de lah manis tahap gaban

SL...
mmg gebu u, lepas tu lembut disentuh, lenyap disantao..

ct delima...
cuba jgn tak cuba kak ct...kita tunggu feedback nanti.

aishah...
mmg senang, budak remaja pun leh buat..

cik manggis...
hehehe..makan dulu muffin dalam 1- 2 biji pastu sambung diet yeaa.

nisa96...
kalau guna susu segar rasa dia ok, tapi kalau guna susu cair, rasa dia lagi lemak dan "rich".

kak ummi...
minggu ni rasanya tak kot, tapi tatau lahh kalau tergoda nanti..hehehe

Judith...
Pasti anak2 suka....lagian membuatnya mudah sekali dan hasilnya lumayan...

dear_msh said...

mmm...nampak sedap la u punya kek tapi klu resipi gunakan cawan selalu aje fail..mat boleh tolong convertkan tak gunakan sukatan metrik supaya lebih tepat..tu pun klu sudi..ingat nak buat masa ada majlis maulid bulan feb ni..terima kasih..

Hanny Richidie said...

Salam;
Sy mmg suka resepi mat dari resepi.com dan sy byk cuba resepi2 mat. Saya dah cuba 2 resepi muffin mat..mmg exactly ikut resepi. Tp saya perasan, semasa dibakar mmg kembang tinggi muffin. Tetapi bila dah sejuk, muffin ini turun dan mengecut. Kenapa yer jadi begini? Huhu..walaupun tak jadi sgt, tp anak2 sy tetap setia menghabiskan...

PONDOK PONDOK KAYZA said...

ringkas & menarik. rasa pun memang sedap.

maya_darsina said...

Assalammualaikum..tumpang bertanya..telur tu kalau gred b yang ada nak guna berapa biji ya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.