BEN ASHAARI

Thursday, March 5, 2009

AYAM PANGGANG TERIYAKI

P1110700

Petang tadi mat buat "ayam teriyaki" resipi kak "Rinchan", tapi sebab mat panggang ayam tu, jadi kita boh leer perkataan "panggang" ditengah2, jadilah "ayam panggang teriyaki. Kalau tengok kak rin buat, ayam dia sungguh jelita lagi anggun, kilat jee.Mat punya nampak macam kering, tapi isi dia moist dan tak keras u!!

Ayam Panggang Teriyaki

Jus2 lebihan perap tu, mat panaskan hingga pekat sikit dan sapu atas ayam semasa proses memanggang...Secara keseluruhan ayam ni memang sedap, sesuai sangat dimakan dengan nasi ayam....Betul kata kak rinn, memang kena makan dengan nasi ayam....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 kepingan besar ayam (mat guna bahagian peha)
3 camca besar madu
4 camca besar kicap manis
1 camca besar gula (mat guna brown sugar)
3 inci halia, diparut halus
3 ulas bawang putih, diparut halus
1 camca teh garam halus (atau secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, kelar2. Kemudian gaul dengan semua bahan lain, simpan dalam peti sejuk dan biar perap 1 jam.
  2. Panaskan dapur arang, asingkan ayam dari bahan2 perap dan masak bahan perap tadi dengan api perlahan hingga sedikit pekat, tambah sedikit air jika perlu. Matikan api.
  3. Panggang ayam dan sapu bahan yang dimasak pekat tadi atas ayam. Panggang hingga masak. Nak tau masak, hiris sikit bahagian paling tebal pada peha ayam tadi, kalau air yang keluar jernih dan daging kelihatan putih, tanda ayam dah masak.
  4. Untuk teknaik memasak cara kak Rinchan..Boleh merempit ke FP dia, disini yeaa.....

8 comments:

ain said...

aduh cik matttt...terus lapar perut..pdhal baru pas mkn fettucini cik mat tu. saya minta izin copy resipi ekh.

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

sedap mmg ayam terayaki nih.. kalau wat bbq ujung minggu musti best nih

Sizuka said...

wah cik mat! bakar ayam guna arang. sedapnya.. sampai sini pun boleh bau :D

hanieliza said...

salam cik mat..
ayoyoyoyo amma..appa.....
nampak banyak sedap woooo...

CT Delima said...

kalau dapat ratah ayam panggang ni time demam2 kan ker syokkkk! emm sehingga menjilat pipi keh3

Jun said...

mat..sedap ni kan? apasal la mat, akak masuk umah mat ni, selalu x kuar full page dia...tu yg x leh tinggal jejak tu...

muffin comel said...

yang ni pun best gak. i dah buat. bila i tgk bloq u n kengkawan lain ini boleh menaikkan berat bdan i... hehehe. anyway thaks....

mytrajet74 said...

apsal ayamnya hitam ckit...hangit ker cik mat?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.