BEN ASHAARI

Friday, February 13, 2009

KEK CHIFFON OREN

Kek Chiffon Oren

Jom buat kek chiffon oren...sedap, lembut dan gebu sungguh....Sesuai untuk tetamu dan majlis minum petang, kek chiffon ni pada mat buat tak de lah susah mana, yang penting putih telur mesti kita putar bersama gula halus dan cream of tartar sehingga kental (bila terbalikkan mangkuk adunan, putih telur tetap dok kat atas, tak jatuh berdebappp!!!....

Kek Chiffon Oren

Kali ni mat cuba resipi kek chiffin oren dari blog "Gert"...dia ni orang Malaysia tapi dok diam di Pennsylvania, USA...Rajin tau dia masak makanan2 Malaysia. Walaupun berbangsa cina, tapi semua masakan kita dia rajin masak...Terima kasih "Gert". Kek ni saiz dia agak besar....

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

15 comments:

CT Delima said...

mat..tadi pun ct cam nak buat kek chiffon ni..tapi coz telur dah tggl sikit terbantut lak hehehe

Azita said...

err...3/4 jus oren tu, 3/4 apa? cawan ker, sudu ker??? nak buat ni...nampak gebusss sgt!!!

MiD said...

cream tartar tu wajib letak ke.. tak penah lak tau mcmana rupa cream tu

ICook4Fun said...

Mat, thanks for trying out the recipe. Ya, kek ni memang besar sikit. This is for cik Anita, jus oren tu 3/4 cawan.

Ummi said...

Oiihhh gebunyaaaaa macam tuan dia ker? Geram tengok rasa nak kena putar chiffon lak nampaknya...sapa lah nk makan nih..kena sedekah kah?? Anak2 dah jeling sebelah mata je kat kek2 nih! Akak lak, banyak dah lari inci pinggang ku ini..huhuuuu

mommysarah said...

Mat, kanapa JANGAN di lenser tin tu yek? Thanks

Mat Gebu said...

CT...
Mat rasa kalau ada acuan kecil boleh buat 1/2 bahagian dari resipi asal.

Azita...
Alamak!, sori yeaa mat dah edit balik..hehehe, ampoon!!

Mid...
Kalau ikut resipi mmg kena letak, kalau tak pun u boleh ganti dgn 1/2 camca teh jus lemon...

Gert...
Terima kasih yeaa..resipi yang bagus dan sedap..Thanks for adding "the lost part"...haha, lupa nak tulis "cawan" kat jus oren tu...

Kak Ummi...
Kak, buat jgn tak...kek ni kira kurang sikit kolestrol dia kalau nak dibandingkan dgn kek biasa2 tu, sebab guna minyak jagung, cuma telur jee lahh..

mommysarah...
Memang nak buat kek chiffon, kita tak sapu mentega pada tepi dah dan dasar tin, tujuannya mungkin nak biar kek tu naik dan kekal bentuknya..Takut bila tepi tin tu licin, kek tak boleh "memanjat" kot...hehehe

ijayuji said...

Salam cik mat.. kita nak add link umah cik mat ya nak buat rujukan :D.. tenkiuu..

Datin El said...

skg ni el on diet bila berat dah turun dlm 2kg pasti el buatnye kek mat ni huhu..

CoKeLaT-RaWkZ said...

Wah, tu barulah namanya Kek Chiffon Mat Gebu.. menggebu mcm nama tuannya. Coki nak linklah blog bang mat ni, :D

Mama said...

Salam,

Saya dah cuba buat kek ni. Heh heh bawak berbuka kat rumah Abah lagi... Emmmm best! TQVM!

QasehBonda said...

salam...

sy dh cuba wat kek chiffon..2 kali wat..2 kali kek tu merekah kat atas..mmg akan merekah ke..sbb sy tgk Mat Gebu punya tak de kesan rekahan...kenapa erk blh jadik merekah kat atas?..

AZLITA AZIZ said...

salam...CMG.. ita dah buat kek ni sedap TQ ye share resepi... ita minta izin cnp resepi ni letak kat blog ita boleh ye!nanti senang ita nak rujuk bila nak buat lg...

IBU GEBU said...

datang dari rumah kak nor secubit garam dalam kembara mencari resepi kek chiffon :)

ibuzaheenziyad said...

nk tny...kalau buat chiffon cake mmg kne guna loyang yg berlubang kt tgh ke?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.