BEN ASHAARI

Wednesday, January 7, 2009

RENDANG PERAK

Rendang Perak

Rendang ni bukan saja mudah dan ringkas, tapi sedap!!!....Resipi dapat dari blog "Jo" dan Jo pulak pada asalnya dapat dari Kak Pah Shery yang dok di Sheffield tuu. Mat buat guna ayam kampung yang agak besar, lebih kurang 2kg+, sesudah ayam tu dipotong kepada bahagian yang lebih kecil. Jadi kena sekali ganda lagi resipi dibawah nie.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ayam, potong ikut suka
400 ml pati santan (dari sebiji kelapa)
3 helai daun kunyit, dihiris halus
1 kiub pati ayam "Maggi" (mat tak letak)
2 camca besar kerisik
3 - 5 camca besar cili kisar (mat ganti dengan 20 biji cili padi)
2 camca besar rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelgugor
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci lengkuas*
4 inci halia*
5 batang serai, dihiris*
1 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan halus*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kisar semua bahan2 bertanda (*) hingga lumat, jika menggunakan cili padi, kisar sekali dengan bahan tadi. Satukan bahan2 dengan rempah kari dan cili kisar (jika gunakan cili kisar). Kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan no 1 hingga harum dan terbit minyak. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Gunakan api sederhana.
  3. Masuk pati santan, asam gelugor dan kerisik. Kacau rata dan masak hingga pekat dan tambah garam, kiub ayam dan gula secukup rasa (mat guna gula melaka). Tambah hirisan daun kunyit, kacau perlahan hingga mesra.
  4. Masak hingga kering tapi masih lembap dan ayam empuk. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan bahagian bawah rendang hangus. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran anda....

11 comments:

SiS-lin said...

x prnh lak dngr org masak rendang ltk kiub pati ayan tu ek....tp mgkin ada kelainan kot rasenye...

Mat Gebu said...

Sis Linn...
Hehehe, biasa lah lain org lain caranya..Mat tak letak leer, sebab tak de....

echah_syed said...

mat..combi selalu buat rendang pedas utara walopun dok perak :)

combi pun letak kiub ayam dlm sume masakan supaya rase lebih kick gituu :D

sodap rendang ko mat!

Beachlover said...

oh Mat,I suka rendang letak daun kunyit!! Tapi kat sini tak dapat cari daun kunyit.Kalo I nak makan rendang kat pasar malam,I prefer pergi beli kat stall makcik melayu,sebab ada daun kunyit punya flavor!

Mat Gebu said...

kak combi...
Rendang tu mmg sedap kak combi..psstt nak tau tak rendang yg mat buat tu guna 2 biji kelapa!!!...seremm seyy nak makan...

BeachLover...
Tak boleh tanam yeaa...hmm kesian kat u...Tak pelah balik M'sia boleh makan puas2..

Kasawari said...

wah.. nak gak rasa rendang perak ni.. pasni che mat buat rendang emas plak eh.. he he...

Mat Gebu said...

kasawari...
Eh betul jugak,..boleh dipertimbangkan, kita tgk nanti yeaa...Tapi rendang tu kenalah guna daging burung kasawari...

Ummi said...

Wah orang Kulai merendang Perak pulak..tu diaaa..mesti perghhh!!! Wee kalu dpt dengan pulut kuning..memang akak x toleh belakang dah ni!!! Tapi akak x makan ayam kampung la Mat..hehe..rugi kan? Xpa nnt akak cari ayam pencen je laahh.. :D

Mat Gebu said...

kak ummi...
Laa pesal tak makan ayam kampung?..geli ek?...hehehe, tapi kalau guna daging atau ayam pencen pun sodap....

rahaniss said...

Orang Johor masak rendang Perak...nampak selera sekali..tapi saya lagi suka tengok koleksi pinggan lama mat.....

Mat Gebu said...

rahaniss...
Mat pun tak byk sangat koleksi pinggan2 lama, dulu ada bykk, my late grandmama punya, tapi byk yg dah pecah...teko, cawan semua dah tak de, tinggal piring, pinggan dan mangkuk ckit...sedeyyy leer