BEN ASHAARI

Monday, January 5, 2009

KARI IKAN ALA INDIA

Kari Ikan Ala India

Jom makan kari ikan, kali ni guna ikan tenggiri dan kari ni pun ala2 dari india, tak guna santan kelapa...Sejak2 musim tengkujuh ni ikan agak kurang dan harga pulak manyakkk naikk wooo!!!!....waa punya pala sikijap ada peningg looooo!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tenggiri sederhana besar
2 biji cli merah, belah dua
2 biji cili hijau, belah dua
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 tangaki daun kari
1 camca teh halba campur
1 kiub pati ikan bilis
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan jus asam jawa
3 camca besar penuh rempah kari ikan
Air secukupnya
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*
1/2 inci halia*
1 camca teh lada hitam biji*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dipotong, cuci bersih, tos dan ketepikan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*) dan campur dengan rempah kari dan sedikit air, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah/putih hiris, halba campur dan daun kari hingga harum. Masukkan pes rempah dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula. Bila mendidih, masukkan ikan tadi dan jus asam jawa. Masak hingga ikan masak. Tambah belahan cili merah/hijau dan rasa. Jika perlu tambah garam secukupnya.
  4. Biar mendidih seketika dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat. Kalau suka boleh tambah sayur2 lain seperti tomato, bendi atau terung....

3 comments:

deedah said...

i suka nengok pinggan dan piring kat background tu Cik Mat , nostalgik !

Beachlover said...

Mat,tengok your ikan kari tengirri in make me drooling!! besok I nak masak kari ikan pulak !! oooo tapi takada tengirri( garuh kepala)..apa tu teh halba campur?.I know kat sini kari India orang India tak guna santan,dia orang guna yogurt saja!..menyesal I tak beli pinggan mangkuk tu kat Chow Kit masa melawat KL!

Ummi said...

Aiihhh Mat, jeles tul tgk pinggan2 lama kat background kari nih! Mesti Mat simpan byk design bunga2 pinggan tu..cantikkkk...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.