BEN ASHAARI

Tuesday, December 30, 2008

PIZZA GEBU

Pizza Gebu

Apa yang penting kerjaasama!!!!!....Petang tadi, mat dan anak buah bergotong-royong buat pizza, inti dia main belasah apa yang ada. Tapikan benda2 makan ni kalau kita buat dan ada orang memakannya, rasa seronok tau, tak delah rupa macam tak "laku" jeee....Resipi dibawah ni boleh buat 2 keping pizza...

BAHAN DOH :-)
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver

BAHAN ISIAN :-)
1 1/2 cawan sos tomato
6 batang sosej ayamas, hiris bulat
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1/2 biji red capsicum
1/2 biji yellow capsicum
1/2 biji green capsicum
10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
Keju Mozarella secukupnya
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

13 comments:

Mummy SGTv said...

abg mat nie...best ahhh bagi resepi. semuaa bahan senang cari. apa-2 pun saya peminat abg mat...siap link dlm blog komuniti lagi..jgn lupa masuk blog saya di http://sgtv-mommies-club.blogspot.com ok abg mat daaaa...

Hamirdin b Ithnin said...

bagus!meliurkan

Kasawari said...

wah kat sini pun ada "apa yang penting? kerjasama.." he he

wah nampak sedap gila pizza tu.. takder pulak blogger nak ke sana.. boleh kasawari jadi jurupandu dan jurumakan wa ka ka ..

kakpah said...

Nampak gebu pizza tu.(macam mat juga ye). Doh tu bila habis dicanai terus bakar ke. Tak payah tunggu dia naik dulu?

SeCrEt DeLiCiOuS said...

alamak so tempting.. so gebu cam abg mat :).. hepi new year to u n ur family

Ummi said...

Waahh...Memang gebu dan lebih gebuuss..cam tuan yang menguli tuh! Hehe..kalu Aiman nampak ni, mesti dia suh akak uli terus nih..Byk makan pizza la muka jd cam "pan asian" tu kot..wahahaa..xpun dia ikut muka org Kulai nih..hehe

Mat, selamat melangkah ke tahun baru 2009, semoga kehidupan lebih diberkati dan sihat walafiat ya..!

Beachlover said...

Mat,Mat your pizza really look great,so moist and chessy!! .Actually look better than NY thin crust pizza!!

siti aishah said...

nih mesti tgk cite wonderpets...

Mat Gebu said...

Mummy SGTv...
Terima kasih lah atas kesudian singgah blog mat, ok nanti mat pegi dan minta izin link blog u yea.

Hamirdin b Ithnin..
Prof..kalau ada masa boleh lah suruh org rumah buat...hehehe

Kasawari...
hahaha, tu lah, nak tunggu lin dtg, nanti jgn lupa ikut ek..apa yang penting...kerja sammmaa!!

Kak Pah...
Doh tu dan lepas uli dan perap 1 jam hingga naik, pastu masa nak buat pizza tu , just leperkan dab bakar sekejep, baru letak harta2 karun atas dia, tak payah tunggu naik..

Secret...
Hehehe, gebu mcm i yeaa..hahaha

kak ummi...
Lepas tgk anak akak, Aiman tu wajah ala2 pan-asian terus kita buat pizza, tapi muka mcm tu jugak, ala2 cina + jawa uuu...hahaha

BeachLover...
Eh dia jadi moist lah, roti dia lembut..terus rasa laparr lagii..

siti aishah...
Hehehe, cerita tu cute kan...

Min said...

Mat, agak-agak uli berapa lama ? Coz kalau nak tunggu dia jadi mcm elastik mcm roti canai tu ada la jugak berjam-jam.. I memang fail la kalau buat roti.

Ainul Hayat said...

Salam En Mat,

Saya selalu blogwalking kat blog resepi "tiffinbiru" ni. Nak tanyelah, camne rupe bread softener & bread improver tu?

ma'chiks said...

gebuuuu bebenor pizza...geram tengok!

Adzriel AB said...

TQ for resepi ni. boleh lah try sebab anak2 suka pizza. tak yah kayakan pizza hut dah. resepi MG dah ada.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.