BEN ASHAARI

Friday, December 5, 2008

IKAN KELI BERLADO

Ikan Keli Berlado

Masakan ni mat suka banget, sedap kalau dimakan bersama nasi yang lembut2 dan masih hangat...ada pulak ulam pegaga atau petai, lagi lah sedapp uu!!...Sesiapa yang tak makan ikan keli (sebab ikan air tawar), boleh guna ikan air masin.

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan keli sederhana besar
1 keping asam gelugor
2 - 3 biji limau kasturi
1/4 cawan air
Garam dan sedikit gula
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
6 biji cili merah*
5 - 6 biji cili padi*(*ditumbuk hingga hancur, tak perlu terlalu lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan keli dicuci bersih, siang dan kelar2 ikan tadi, perap dengan garam dan jus limau 10 - 15 minit, kemudian cuci kembali hingga hilang lendir dan hanyirnya. Lumur dengan 3/4 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam, gaul rata.
  2. Goreng ikan tadi hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Tumis bahan2 tumbuk hingga garing, tuang air dan masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Bila hampir kering, masukkan ikan dan gaul rata. Perahkan jus limau kasturi dan rasa, jika perlu tambah lagi jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat. Hidangkan segera....

10 comments:

Iza-Zulkifli said...

ini memang la favourite saya. aduss...gian sungguh nak makan ikan keli berlado. takpe..takpe..lagi 2 minggu nak balik mesia dah. akan kuborong di pasar tani. cik mat, johor di mana ye?

azila said...

harus i try ni cik mat!owh,i love ikan keli!!slama ni x pnh msk,nk mkn,beli jek,i nk try!!sbb i tau,resepi cik mat x pnh menghampakan perut i!ehehehe

Aishah @ UmmiAqil said...

ikan keli msk cam gini mmg best..ade ulam raja ngan seangkatannya lagi ler...yumyumy

payarumput21 said...

Salam MG

Kita tak makan ikan air tawar nie.. tok kita nelayan laut lepas tu.. tapinye.. kalau ikan belado ni.. memang la sedap.. and mcm yang MG kata (ehem.. taip..) Nasik panas2.. Ulam pegaga.. tambah pulak tempoyak.. eeeeeee... mau habis satu periuk nasik kita sorang je.. buruk!!!!
Wakakakaka!!!!!!!!!!!

Rijal, Jue, Fatih, Fawwaz, Anis said...

Salam En Mat...
Hari nie saya memang nak masak ikan masak berlada...bila buka blog En Mat..kebetulan En. Mat punya entry hari sama ngan menu yg saya nak masak..saya dah try ikut cara En. Mat..uuurrmmm...memang sedap la...TQ kerana sudi berkongsi resepi..Harap kejadian ciplak resepi En. Mat hari tu tak membantutkan En. Mat utk menulis resepi2 yang marbelesss..Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa En.Mat yang banyak memberi idea dalam dunia masakan...TQVM

Jue
Birmingham,UK

ICook4Fun said...

Mat, dulu kat Sg Wang Plaza ada satu Indonesian restaurant and they serve Ikan Berlado tapi kedai dah tutup. Sampai hari ni I still rindu kat ikan tu. Thanks for the recipe Mat. Now I can cook this myself :)

raihan hassan said...

oloh sedapnya ikan keli ni...memang favourite betul..tapi mana nak cari kat sini huaaaaaawawawa

Ummi said...

Uwaaaa..ikan keli iteww mmg fav akak n fmly...adui x tahan tgk ladanya yang bersalut tuuhh!! Mat, akak tambah komen kat kuih serimuka bawah tu..hehee..

Aku Penghibur said...

ya ALLAH menyiurkan..sedapnye .. suka ikan keli

Norbaiti Phaharoradzi said...

nk tnyer, ikan keli masak 2 ekor dan bhan2 msak tetap sama, boleh kn?, lg satu, boleh tk, saya tk letak belacan?