BEN ASHAARI

Monday, November 3, 2008

UP SIDE DOWN PINEAPPLE CAKE

Up Side Down Pineapple Cake

Up Side Down Pineapple Cake

Jenuh sungguh nak edit gambar kek ni, server slow sangat...nyampahsss!!!..Apa2 pun syukurlah ni dah ok, dah laju gitu u. Mat buat siang tadi, memandangkan "Lynn" ada mempelawa mat menyertai "food fest contest" anjuran blog dia, boleh baca maklumat lanjut disini.....Kek ni buat dia mudah dan hasilnya boleh dikatakan cantik, dari segi rasa ianya lemak2 gitu dan tak manis memukau sangat.



BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tin nenas berkaleng dalam tin (seperti gambar dibawah), ditoskan
Ceri merah secukupnya
250 g mentega
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
135 g gula halus
135 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
1 camca teh esen vanilla



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga. Susun gegelang nenas dalam tin seperti dalam gambar, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  4. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  5. Kalau suka boleh sapu dengan piping gel atas permukaan nenas untuk nampak lebih berkilat dan mengiurkan..ahaks!!!

8 comments:

|| syazwaniadnan || said...

waaa c.mat..
kek ni mungkin x manis memukau sangat..
tp, dia memukau pandangann!!!
ish2.. cantik sungguhlah, tmbah2 bila ada ceri tu..

Judith said...

Wow hebat sekali Mat, pasti nyami ini Cake Nanas :) Kapan2 aku tiru ya Mat..

Thanks so much

Sugar, Spice & Everything Nice said...

wow cantik...nampak sedap....thank you for joining food fest...

Ummi said...

Woowww Mat!! Memang upside down jugak mata akak tengok kek cantik nenas nih! Haiyoooo!! Ko ni apasaiii la rajin bebenor nih!

Inda said...

cik mat ada beza tak kalau kek ni dikukus instead of bakar?

Rozlinda Yahya said...

Salam Cik Mat, saya minat dgn resepi2 yg CMG kat blog ni, selalu jadi panduan utk org yg baru nak belajar masak cam saya ni :-). saya nak tanya apa beza penggunaan gula halus dgn gula biasa dalam kek? dan kenapa stgh kek, mcm kek nenas ni, guna teknik pengasingan telur putih dan kuning?

Nur Hasliha Hasyida said...

Sedap nya abg che mat gebu!nk try utk eid adha ni..yummy!

Mrs Pip said...

dah cuba kek ni, memang best!
sedap dan gebu ...

http://sukasukasurirumah.blogspot.com/2015/03/resepi-kek-nenas-terbalik-yang.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.