BEN ASHAARI

Saturday, November 29, 2008

KUEH LAPIS NYONYA

Kueh Lapis Nyonya

Suka tengok kueh lapis nyonya yang kak Jun buat...Plan nak buat semalam tapi malas melanda jiwa dan raga ku...Jadi hari ni pagi2 tadi dah buat, sebab kuih ni nak bagi potong nampak cantik kena betul2 sejukk....

Kueh Lapis Nyonya

Rasa dia lemak2 manis, harum dan kenyal2. Kuih lapis yang sempurna ialah kuih yang kita boleh tarik keluar setiap lapisan...Dan kalau mengikut tradisi baba nyonya, kuih lapis mesti ada 9 lapisan dan lapisan akhir mesti warna merah terang....Resipi ambik dari blog kak Jun..terima kasih kak Jun!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
950 ml santan kelapa (nak sedap perah dari kelapa segar)
263 g gula pasir (mat guna 260 g)
1 helai daun pandan (mat guna 4 helai)
50 g tepung Hoen Kwee (jenis putih)
125 g tepung sagu
150 g tepung beras
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh air kapur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan santan, gula dan daun padan, masak atas api sederhana hingga gula hancur, kacau selalu. Angkat dan biar sejuk.
  2. Kemudian, satukan semua bahan lain, kacau rata dengan whisk dan tapis adunan tadi. Bahagikan adunan kepada 9 bahagian sama banyak. 1 bahagian diwarnakan merah. 4 bahagian diwarnakan oren dan 4 bahagian pada warna asal (warna2 bergantung pada individu).
  3. Panaskan kukusan, lenser tin kek berukuran 7 x 7 x 3 inci, panas kan tin selama 5 minit dalam kukusan tadi. Tuang 1 bahagian bancuhan putih, kukus 5 minit. Kemudian tuang bancuhan oren, kukus 5 minit lagi.
  4. Lepas lapisan ke 4, waktu mengukus tambah ke 7 minit. Buat hingga siap dan untuk lapisan ke-9 (terakhir), guna warna merah. Kukus selama 20 minit. Sejukkan sekurang2nya 2 - 3 jam sebelum dipotong dan hidangkan.
  5. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan air menitis atas kuih. Kacau dengan sudu setiap bancuhan sebelum dituang ke dalam tin. Lagi satu, sapu sedikit minyak masak pada pisau sebelum memotong, dan lap pisau bersih2 setiap kali lepas memotong kuih lapis...

16 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

tpg hoen kwee tak leh ganti ngan tepung biase ker cik mat?

Mat Gebu said...

Mat rasa tepung hoen kwee tu ganti dgn tepung sagu, tak pun tepung beras..

hana said...

baru nak tnya, aishah dh tnya dulu.. hehehehe.. kalau tpg gandum tak leh er mat?

Mat Gebu said...

hana...
Tatau lah ek...tapi boleh cuba try, sebab ada peranakan ni gaya bahan2 dia ada sikit lain dari org2 kita...

Ezza Aziz said...

mat,
cantik nya teko air tu mat,
kat mana kamu beli...kena pulak dengan kueh tu

VG said...

Oh...my fav kuih and dinner set. Mat, you still haven't answered my e-mail lah.

|| syazwaniadnan || said...

fuiyo, siap ngan tradisi lg tu!!
mmg best kalo boleh tarik keluar satu2 lapisan tu.
maen2 time nk mkn. heheh :D

payarumput21 said...

Salam..

Hmmmm... seleranyer.. sedondon ngan pinggan.. :-)

Mat Gebu said...

Ezza Aziz...
Teko tu selalu digunakan oleh kaum baba peranakan...Mat mmg ada sedikit koleksi, jadi boleh lah guna jika masakan bertema "Baba n Nyonya"...

VG...
Eh ada yg i belum balas email u yeaa..ok ok nanti i check balik yea VG..minta maaf yee...

Syazawani...
Hehehe, biasa lah makanan ni pun ada sejarah juga..biasa lah tradisi2 tu ciptaan manusia, yg mana logik tu kita boleh lah guna.

Payarumput...
Hahaha..bukan baju je sedondon kan, kuih dgn pinggan mangkuk pun leh sedondon..ahaks...

Ummi said...

Mat, cantiknya kuih lapis nyonya u tu..kuih baba bila nak buat..hehe..menyelerakan tengok dengan set kat belakang tu.. :D

Mat Gebu said...

kak ummi...
Baba tak de kuih laaa, depa ni selalu pi berdondang sayang, cari duit...dan "ngorat awekss"...ahakss..

lelayong said...

Cik Matttttt!!!!!
Rapi betul hasil kerja cik mat..ni mesti bilik cik mat pun bersih gilerz ni...cik mat, nanti klau lela tersesat kat johor, nak pi umah yerk..(eh eh tk malu betul ler aku ni, hehehehhehehehe)
pastu nak rasa masakan asam pedas baba n nyoya, sedap woooo..lela pernah makan masa pi kursus hari tu...ucle yg wat assam pedas tu mmg glamour giler bab2 masakan baba n nyonya ni..

shima said...

ikshhhh tgk 'condo' cikmat bina ni mmg kagum sungguhlaaaa....bkn sebarang org yg mampu bina'condo' secantik ini...i bikin dah bape kali dah ranap menyembah pinggan! huhuuu

nafizah said...

Terima kasih Mat for sharing the recipes with all of us. Saya ni dah lama merantau, melalui your bloglah saya belajar buat kuih muih tradisional. Kalau masa duk M'sia dulu x pulak belajar sbb blh beli aje dr gerai2 tepi jln, skrg terpaksa. May Allah shower you with His blessings.

nafizah said...
This comment has been removed by the author.
It's my life said...

Dah buat tadi - tepung sagu ganti dgn tepung ubi. Semua bahan bagi dua sebab hanya berdua jer makan. Best .. air kukusan pulak bubuh dua tiga lai daun pandan. Wangi satu rumah!

Terimakasih atas resepi yang mudah ini. Oh btw, kotak search tu tak boleh pakai lah. Kalau search kueh lapis tak keluar pun gitu juga dgn dua tiga resepi yang lain