BEN ASHAARI

Monday, September 8, 2008

TELUR GORENG CENCALUK

Telur Goreng Cencalok

Ini salah satu signature dish kaum baba peranakan, ianya nampak biasa dan sesiapa saja boleh membuatnya, kalau pandai buat telur dadar pasti anda boleh buat resipi ni.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
1 biji bawang besar, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 tangaki kacang panjang, hiris halus
4 - 5 biji cili padi, hiris halus
6 tangaki daun kucai, hiris halus
1 pokok kecil daun sup, hiris halus
2 camca besar cencalok, toskan dan perah sedikit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan tadi bersama telur, kacau dengan garfu sehingga semua bergaul sebati. Panaskan minyak dalam "non-stick pan", dan tuang bancuhan telur. Tutup permukaan frying pan dengan tudung periuk. Masak guna api sederhana.
  2. Bila permukaan telur kelihatan kering, dengan berhati2, terbalikkan telur dan masak hingga kedua2 permukaan garing dan kuning keemasan. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan....

6 comments:

MamaFaMi said...

Shhhhh jangan cakap sesaper tau.. mama ni orang Melaka tapi tak reti makan cencalok. Infact, bau cencalok pun ma tak tahan.. ahaksss... shhhhh

Fanny Wijaya said...

Looks so yummy...what is cencaluk in english/indo/mandarin?

IBU AUFA said...

Cik Mat..tangaki ke..tangkai..?

Kak Lin said...

Assalamualaikum Pak Cik Mat....Anak Kak Lin Suka Makan Cencalok....Tapi Baru Ni Dengar Cencalok Goreng Telor...Tentu Sedap Ni....

Ummi said...

Hah! Telor Goreng Cencalok?? Mat, sedap ek..akak x berapa bese dengan cencalok ni..mest best nih! My dotter Najwa tu, memang suka cencalok..mana pnya darah dia ni..suka sgt2 makan cencalok..hehe..agak2 kalu wat camnipun, dia sorang je sapu.. :)

rapheydhillo said...

semalam ada beli kucai, tp semua habis buat mee goreng and cucur udang. Hari ni kena beli lagi le.. nak buat telur goreng cencaluk pulak. Lawan dengan asam pedas pari.. sure terangkat punya!