BEN ASHAARI

Sunday, June 29, 2008

SUP TELUR & SAYUR

Sup Telur & Sayur

Cuasa panas, eloklah kalau kita makan jenis2 "sup", macam hari ni mat masak simple dan cepat. Ini sama macam sup kentang yang biasa orang2 M'sia masak. Mat suka sup ni sambil2 tu boleh hirup kuah diaaa....nyamannn sungguhhh!!!!!


Bahan-Bahannya :-)
5 biji kentang sederhana besar
6 - 7 kuntum black fungus, rendam sampai kembang
4 - 5 keping fucuk, rendam hingga lembut
30 - 35 tangkai "kincam"
1 cekak soo hoon, potong dan rendam
4 - 5 biji telur
4 ulas bawang putih, diketuk
6 biji bawang merah, dihiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub pati ikan bilis "MAGGI"
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan :-)
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
  1. Kentang dikupas, potong 4 setiap biji, cuci dan rendam, cendawan dibuang pangkalnya dan potong2, fucuk dikerat2 kecil dan kincam disimpul setiap satu, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga wangi. Masukkan air (anggaran 1 liter), kiub ikan bilis dan kentang. Masak hingga mendidih.
  3. Kecilakn api dan pecahkan telur satu persatu dalam kuah tadi. Masak hingga telur masak dan tidak pecah. Masukkan cendawan dan fucuk. Masak hingga kentang hampir empuk.
  4. Masukkan kincam tadi dan tambah garam jika perlu. Akhir sekali masukkan soo hoon dan kacau rata. Biar mendidih sebentar dan boleh matikan api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...
"Sayur Kincam"

9 comments:

Jie said...

Kak Jie suka sup.....suka brocoli...
sedap...

Ummi said...

Mat, sedapnya sup telor ni..ko masak apa je, sume nmpak menyelerakan tau! Nmpaknya je simple..tp mengancam semacam jek!

azey said...

hye CMG,sy nk tny la..kincam tu ape yer

PINATBATE said...

Mat bagi idea nak masak petang ni...thanks

rinnchan said...

Uishhh,,nak kena buat sambal kicap niii !!!

kina said...

Mat Gebu,

Dah lama akak duk kat sini, alangkah baiknya kalu mat ni duk sebelah umah, leh la setiap hari hantar mangkuk tingkat!!

Kipitap MG!!

SyaHani said...

Mat... Kalau fucuk tu you goreng dulu. Lagi sedap. Boleh tengok dlm my blog www.syahani.blogspot.com

Mat Gebu said...

kak jie....
Ooo, suka brocoli ke, nanti kita masak okeyy!!...

kak ummi...
jgn leer puji gitu sekali, dah leer kita ni kembang..kang jadi bertambah kembang tak tentu hala pulak!!!...

azey...
mat dan letak gambar dia..harap dpt membantu yeaa...

Pinat...
Sama2...kalau u nak tambah fishball atau ayam ball pun ok...

rinnchan...
wahhh....bagus jugak idea tu..ishh nak buat jugak laa sambal kicap mcm nihh...hehehe

kina...
heheh tapi u kena lah guna "tiffinbiru" yg mcm dalm pic tu..tak mo yg mai dari siam punya tauu...hahahaha

syahani...
ye ke..wahh lom try lagi fucuk tu goreng dulu, ini sudah bagus, terima kasih kongsi idea..wokey i gi sekarang jugak ke dapur u...

KSWSK said...

en.mat wa pnjam gambar as rujukan yer..wa buh dlm blog

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.