BEN ASHAARI

Thursday, May 8, 2008

LAWAR BALI

Lawar Bali

Lawar Bali atau kerabu sayur dan ayam ala Bali...Resipi ni mat dah buat banyak kali dan memang sedap. Rasa dia memang unik dan kalau nak rasa kena lah buat sendiri yeaa.... Resipi mat dapat dari buku masakan "Sedapnyaaa..... oleh Chef Wan"....

Bahan Utama :-)
300 g dada ayam, didadu kecil
200 g kacang panjang, potong2 1 cm panjang
300 g nangka muda
250 ml pati santan
2 helai daun salam (mat guna bay leaf)
1/2 cawan kelapa parut
1/4 cawan bawang goreng, ramas kasar
6 - 10 tangkai cili padi, dihiris halus
3 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
2 helai daun kunyit, dimayang halus

Bahan Kisar Halus :-)
5 biji cili merah
3 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam biji
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 batang serai, dihiris halus
2 camca besar gula melaka atau gula perang

Cara membuatnya :-)
  1. Celur nangka hingga lembut, toskan dan potong kecil. Celur kacang panjang 30 saat, angkat dan toskan. Goreng kelapa hingga perang dan tumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga wangi, masukkan daun salam, santan dan sedikit garam. Bila mendidih, masukkan daging ayam, kecilkan api dan masak hingga sedikit kering (keadaannya macam rendang basah). Tambah sedikit gula jika perlu. Rasa dan jika ok, boleh matikan api dan biarkan sejuk.
  3. PENYEDIAAN LAWAR :- Dalam satu bekas, satukan nangka dan kacang panjang, gaul rata. Masukkan ayam dengan kuah2nya, kelapa goreng, cili padi dan bawang goreng, gaul hingga semua sebati. Masukkan jus limau nipis secukupnya (kalau suka masam bubuh lebih, mat perah 2 biji limau nipis untuk kerabu ni...) gaul rata dan tabur dengan daun kunyit. Hidangkan segera bersama nasi hangat. Simpan lebihan kerabu dalam peti sejuk jika tidah habis..,

2 comments:

Ummi said...

Salam mat, apa kabor, susah nk msuk kat chtbox mat tu..amboii mcam-mcm nama pelik keluar sejak akhir2 ni..ko dpt resepi dlm mimpi ke Mat? Mana la tau, Puteri Gunung Ledang yg bagi...hikss!!

Min said...

Mat, kita pun ada buku Chef Wan tu, tapi tak pernah try buat ni.. memang nampak sedap betul la. Di tambah dengan gambar dgn excellent lighting ni..