BEN ASHAARI

Saturday, April 12, 2008

WAFER CONE MUFFIN

Step By Step 1217

"Wafer Cone Muffin" ni cuma resipi muffin/cup cake biasa yang dibakar dalam wafer cone ice cream, tapi jenis yang tanpa muncung tajam, idea asal ni mat dapat dari "Kak Nis S'pore" (terima kasih mak dara vouge!!). Selain resipi muffin dibawah ni, boleh juga guna apa2 resipi muffin/cup cake mengikut citarasa masing2....okey!!!

Bahan-Bahannya :-)
85 g mentega
80 g gula halus
2 biji telur gred A
175 g tepung gandum*
10 g baking powder*(*diayak)
100 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
20 g kacang hazel, dikisar halus (optional)

Bahan Lain :-)
12 biji "ice cream wafer cone" jenis pendek
Whipping cream
Chocolate rice
Sedikit Strawberry, didadu kecil



Cara membutanya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C (bergantung pada oven masing2). Putar mentega, esen vanilla dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Gaul rata tepung tadi bersama kacang hazel kisar. Perlahan speed, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan lebih kurang 2 camca besar adunan ke dalam wafer cone. Buat hingga siap. Bakar selama 20 - 25 minit. Keluarkan dari oven dan biar betul2 sejuk.
  4. Paipkan whipping cream atas muffin tadi dan hias dengan potongan strawberry dan taburkan sedikit chocolate rice. Cara menghias terpulang pada kreativiti masing2...Selamat mencuba!!!

8 comments:

zaitgha said...

the cones were not burnt ya? interesting and very good for children party....

cikMilah said...

Salam EncikMat, akak selalu jengok sini tapi hari ni baru berani bagi salam..Maaf ya! Semuga terus kreatif...
Salam kenal.

MamaFaMi said...

Hmm..interesting gak buat cam ni eh?

yasmin said...

idea baru gak ni..boleh try. Thanks Mat !

PINATBATE said...

oohh...baru tau cone tu tak rentung yer....

ady said...

Salam..bestnyer tengok idea nie...bleh buat mase besday anak nanti.

Lydia said...

dah lama nak try buat cone muffin ni... tak sangka u juga interested! Cantik sgt...

zuraejan ejan said...

Salam ceria CMG...sy mmg rajin jalan2 kat blog CMG ni sbb suka tgk resepi2 yg sumenya nmpk menyelerakan...sy nak tnya sket..kat mn nak beli kon aiskrim yg jenis pendek tu yer...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.