BEN ASHAARI

Tuesday, April 29, 2008

LAKSA PENANG

Laksa Penang

Puas hati petang ni dapat makan Laksa Penang, beberapa hari lepas terliur tengok JO buat laksa..Mat guna ikan kembong saja dan resipi asal berpandukan buku masakan Norzailina Nordin"....Jemput makam laksa semuaa!

Bahan Kuah :-)
500 g ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
3 camca makan petis*
3 camca besar air*(*dibancuh rata)
2 liter air
4 - 5 keping asam gelugor
15 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan (mat guna 2)]
2 camca besar gula
Garam secukup rasa
150 g bawang merah *
1 ulas bawang putih*
2 cm belacan*
15 tangkai cili kering, direndam*
3 batang serai, dihiris*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)

Bahan Lain :-)
Mee laksa
Bwang besar, hiris halus
Daun pudina, hiris
Nenas, dihiris
Timun, dihiris
Hirisan cili merah
Belahan limau kasturi
Taugeh
Telur rebus dibelah 2

Cara membuatnya :-)
  1. Rebus ikan dengan asam gelugor hingga masak. Asingkan tuang dan isi, tumbuk isi ikan hingga hancur dan masukkan kembali dalam air rebusan. Kisar halus tulang ikan, tapis dan masukkan dalam air rebusan ikan tadi.
  2. Bubuh bahan2 kisar halus, daun kesum, bunga kantan, petis, gula pasir dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga kuah agak pekat.
  3. Isikan laksa dalam mangkuk sesuai, susun bahan2 lain dan tuangkan kuah panas tadi, perah jus limau kasturi sebelum dimakan...Sedappppppp!!!!!!!!

7 comments:

jo ayee said...

sedaappppp..i makan 2 mangkok 2..ayee sempat 1 magkok ajer..tp mangkok dia size XL..hehe..

zaitgha said...

my husband favorite but my version wont have that many ingredients....hmmmm now i feel like making this for dinner but my boys dont fancy this much

Mrs.Zack said...

mat baru plan esok nak buatlaksa untuk aiman, hari nie buka blog mat nampak laksa penang, jadinya nie bertambah semangat nak buat laksa :).

mat chat box tak boleh nak hantar msg. ke?

Mat Gebu said...

Jo...
I pun makan 2 mangkuk, tapi laksa kira dalam kategori makanan sihat kan...

Datin Zai..
Setuju dgn u, budak2 kurang skit laa laksa mcm ni, kalau i, mmg suka sebab nak buat senang dan ada byk ulam2...

mrszack...
laksa penang ni mmg rasa lain skit dan sedap (pada tekak i laa), Ye ke chat box tak bley, server down ke, 2 hari lepas mat pun menghadapi masalah chatbox tak muncul....

enn said...

Sedap laksa tu. Tp laksa penang tak ada letak telur rebus..cuma laksa kedah, perlis dan perak aje ada telur rebus..

anazira said...

salam Nak tanya klu x keberatan nak tau ikan 1kg padan dgn brp kg laksa dan agak2 blh mkn utk brp org.tanya ni sbb org pandai msk ni mesti dah biasa wat mkn utk org ,mesti dah tau anggarannya.

anazira said...
This comment has been removed by the author.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.