BEN ASHAARI

Tuesday, April 1, 2008

KERABU JANTUNG PISANG

Step By Step 1168

"Kerabu Jantung Pisang"
ni memang sedap dimakan bersama2 nasi hangat, ada ikan masin dan sambal belacan pun dah ok bangettt dehhh!!!

Bahan Utama :-)
1 biji jantung pisang nipah
1 biji bawang besar, hiris halus
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 ekor ikan kembong, goreng embal2, ambil isinya,
4- 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar kerisik
2 helai daun limau purut, dihiris halus
3 biji cili merah*
1 inci belacan, dibakar*
1 camca teh garam*
1 1/2 camca teh gula*
2 batang serai, hiris halus*(*ditumbuk lumat2)

Cara membuatnya :-)
  1. Jantung pisang dikupas sehingga jumpa bahagian yang bewarna cerah dan lembut, belah 4 dan celur hingga lembut dalam air bercampur sedikit garam dan 1 keping asam gelugor. Bila lembut, toskan dan biar sejuk. Perah2 sikit biar betul2 kering dan hiris kecil2. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, campur hirisan bunga kantan, bawang, kerisik, daun limau purut dan isi ikan. Masukkan bahan2 tumbuk lumat dan gaul rata. Masukkan hirisan jantung pisang dan juga jus limau kasturi, gaul dan sesuaikan rasa. Hidangkan segera....

3 comments:

zaitgha said...

just only yesterday i saw one minah saleh made this kerabu on AFC, but didnt quite get the whole ingredients but wallaa....and saw this here...wonderful

but then, gotta find the jantung la pulak.....makkkk..oohh makkkk he he always do this to get things like these from my MIL ....

MAK TEH said...

hmmm...sedapnya..org t'ganu guna pisang gala.best ,rasa mcm daging gitu..

nadia yuna said...

menu wajib try ni!

=)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.