BEN ASHAARI

Monday, March 31, 2008

SINGGANG SEMPOI

Step By Step 1166

Jom makan singgang ikan....Cuaca tak menentu nie, tekak pun dah rasa lain, tu pasal buat singgang sempoi ni, senang dan sedap, boleh guna apa2 ikan, tapi nak sedap kenalah ikan segar, baru manis....

Bahan-Bahannya :-)
3 keping ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
1 liter air (nak lebih boleh tambah)
1/2 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
2 batang serai, dititik
1 1/2 inci kunyit hidup, dititik
1 kuntum bunga kunyit, belah dua (optional)
8 biji cili padi merah, diketuk
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Cara membuatya :-)
  1. Dalam periuk, masukkan semua bahan2 diatas, kecuali ikan dan garam. Masak hingga mendidih, kacau rata.
  2. Masukkan ikan dan tambah perisa. Biar hingga ikan masak, dan rasa, jika ok boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, ulam2man dan sambal belacan.....hmmm sedapp!!!

6 comments:

Jie said...

sedapnya mat..kakjie suka masak style gini ....

rina said...

mat, ni singgang belah mana ek...

Mat Gebu said...

kak jie...
Mmg betul kak jie...paling syok hirup kuah dia tu...ishhh..terliuq!!

rina...
Hmm tah yea, rasa mcm ala2 singgang serani...

-ummualhanafi- said...

lama tak jenguk dapur mat ni!
sebulan ada kot!
banyakk dah resipi baruuu
bz skit, balik msia,hehehhe..
mat org java ker?
I mmg suka masak simple sytle macam tu.
singgang asam pon sedapppp
sruppppppppp

Cik Siti Wan Kembang said...

bestnyaaa ada kantannnnn

bersama kak Es said...

kat mana nak dapat bunga kunyit ni ... macam besttt je kalau letak