BEN ASHAARI

Thursday, February 14, 2008

KEK COKLAT KUKUS

Kek Coklat Kukus ni mat pernah buat dulu, tapi yang mat buat dulu pada gambar dia ada sedikit kecacatan yang tidak menyenangkan perasaan. Jadi hari ni mat buat kek yang sama untuk menggantikan kek coklat kukus yang lepas..terima kasih mat pada "ned4sam", salah sorang pengunjung blog mat yang begitu prihatin.....Ok ini resipi kek kukus coklat.

Bahan-Bahannya :-)
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan, gaul dan diayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung/sayur
1 camca teh esen vanilla
200 ml susu cair*
1 cawan air panas*
1 camca teh nescafe*(*disatukan dan kacau hingga sebati)

Cara membuatnya :-)
  1. Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar. Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati.
  2. Putar hingga gula hancur dan adunan kembang. Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  3. Kukus atas air mendidih selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dihidangkan, kalau suka boleh dituang ganache dan dihias dengan ceri.
  4. CATATAN MAT GEBU :- Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitik atas permukaan kek. Gunakan api sederhana semasa mengukus.

8 comments:

NORA SAKURA said...

look soooo yummmmyyyyy dudeeee..

noreh sakura Jones

MamaFaMi said...

That slice is really killing me... kecurr je...dahlah kek itam logam, tambah lak topping yang meleleh tu.. ish ish ishhhhh....

atis said...

en mat nak tanye la.. nape saya slalu bakar / kukus kek merekah di tengah? tak cantik sungguh. mase bakar / kukus kek dah naik cantik tp lepas tu merekah. ape sebab ye?

Nik Shamsiah said...

best nyerr..menggiurkan sungguh, apa lg tgh puasa ni...

~za estore~ said...

mat, nak tanya sy penah cuba resipi kek moist kukus camni.
tp cara2nya tu sy pukul telur dgn gula.ada beza x dgn yg mat buat ni?tq

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

sedapnye....

Irny said...

Dah try smlm memang sedap..yummyyyy

CikBulat said...

nyummmmm!!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.