BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

SHORTBREAD MARBLE

Mula2 mat tengok resipi ni, terus jatuh hati dan esok jugak mat pi beli loyang khas untuk membuat shortbread ni. Kalau ikut nama asal, shortbread ni, "Shortbread Batik", tapi masa mat membuat garisan dari coklat putih, hasilnya tak secantik macam mak lang buat, jadi mat mem"marble"kan aje lah...habis cerita....
Pada asasnya tak delah sesukar mana nak buat shortbread ni, cuma perlu ada kesungguhan dan jangan buat sambil lewa atau macam "mood' tu tak stabil...hehehe...lagi satu, resipi asal, guna loyang khas berpemotong, berukuran (10 x 12) inci, tapi mat guna acuan sama cuma berukuran (12 x 12) inci. Sapa yang nak cuba tu dan nak tengoklah hasil yang asli dari mak lang, boleh rujuk sini....

Bahan Shortbread:-
300 g tepung gandum
125 g gula halus
80 g serbuk badam
250 g mentega
110 g susu tepung

Coklat Topping:-
350 g coklat masakkan (mat guna jenama "tulip")
1 camca teh shortening
200 g white cooking choclate

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2 untuk shortbread dalam satu bekas, gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut. Keluarkan alat pemotong dari acuan, alas dasar tin dengan kertas minyak, biar besar dari saiz tin.
  2. Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan2 supaya sama rata dan seimbang. Masukkan kembali alat pemotong dan tekan perlahan hingga rata. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan alat pemotong tadi dan biar shortbread betul2 sejuk.
  3. Panaskan coklat masakan secara double - boiler, bila coklat cair, masukkan shortening dan kacau hingga rata. Angkat coklat tadi dan tuang atas shortbread. Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan shortbread. Ketepikan sebentar.
  4. Cairkan white cooking chocolate secara double - boiler. Bila cair masukkan dalam piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat tadi. Bila siap. Ambil lidi sate atau chopstick, lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih tadi hingga mendapat corak yang diingini.
  5. Kemudian, masukkan kembali alat pemotong tadi dan tekan perlahan2. Sejukkan dalam peti sejuk hingga colat keras, keluarkan alat pemotong dan boleh diasing2kan shortbread tadi sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
  6. Gambar dibawah:- Contoh acuan berukuran (12 x 12) inci yang mempunyai alat pemotong khas....

12 comments:

adik said...

salam.. saya dah cari loyang yg ada pmtng khas ni tp x jumpa. kat mana nak beli ya, sbb dah lama saya cari.. harap dpt membantu la yaa.. apa2 pun saya mmg suka blog ni!

mazlin said...

salam, adik. loyang ni blh didapati di kedai2 bakery. cuba lah cari. adik dok area maner? klu area KL atau aloq staq, saya blh bgtau kat kedai mana.

mazlin said...

salam, adik. loyang ni blh didapati di kedai2 bakery. cuba lah cari. adik dok area maner? klu area KL atau aloq staq, saya blh bgtau kat kedai mana.

mazlin said...

salam, adik. loyang ni blh didapati di kedai2 bakery. cuba lah cari. adik dok area maner? klu area KL atau aloq staq, saya blh bgtau kat kedai mana.

Syana said...

salam.

saya suka sgt biskut ni but am not a baker of anything .... hal lauk pauk saya boleh hehehe

nak tanya ... boleh tak kalau basenya kita buat mcm cheesecake base? apa pendapat Mat Gebu?

saya senang allergic dgn bahan2 masakan & baking. kalau biskut2 yg ada shortening, mata saya bengkak.

saya menghargai pendapat Mat Gebu. tqvm :o)

shud said...

kat mana eh nk cari loyang ni..kalo area alor setar

shud said...

kat mane nk cari loyang ni kalo area alor setar

Brand Name - Foresso Chocolatier said...

Salam.. maaf menyelit.. kami dr aroma the bakers cottage pusat bekalan bahan bakeri ada menjual loyang siap pemotong utk shortbread. Berminat blh email ke sifacraft@gmail.com

Brand Name - Foresso Chocolatier said...

Salam.. maaf menyelit.. kami dr aroma the bakers cottage pusat bekalan bahan bakeri ada menjual loyang siap pemotong utk shortbread. Berminat blh email ke sifacraft@gmail.com

suraya mat zin said...

loyang 12x12 tu sesuai utk oven brp liter ya??

suraya mat zin said...
This comment has been removed by the author.
Ana said...

Nak tanya, lepas tuang coklat macam mana nak tau kat mana nak letak cutter semula?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.