BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

SERAWA DURIAN


Jom makan serawa durian semua...tak larat nak celoteh banyak....waaa manyakkk penat ini haliii...manyakk sorryyy ok!!

Bahan Pulut:-
1 kg pulut, rendam 30 minit
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
Air secukupnya

Bahan Kuah Serawa:-
1 biji durian
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir (manis ikut tekak masing2)
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1300 ml santan
1/2 camca teh garam
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan air*(*digaul sebati)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK PULUT:- Panaskan kukusan. Toskan pulut yang direndam tadi, masukkan dalam loyang atau bekas yang muat untuk dimasukkan dalam kukusan. Tuang santan cair, masukkan garam, daun pandan dan tuang air sehingga sama paras dengan pulut. Kukus 20 minit, kemudian, gaul pulut tadi dan kukus lagi 15 minit hingga pulut masak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA:- Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 1/2 cawan air hingga mendidih dan gula larut, tapis air gula ke dalam periuk. Masukkan durian, daun pandan, garam dan santan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Rasa kuahnya jika kurang manis tambah gula mengikut kesesuaian. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat. Boleh dihidangkan bersama pulut tadi....

2 comments:

Mrs. Sheikh said...

encik mat..
mmg kelass serawa durian ni..
makcik i buat ..very the terangkat aaaa

sitiazma said...

Eh Mat..lepas siti dah pos entry pengat durian..lepak2 kat blog Mat..baru ternampak posting Mat punya. Baru tau sebenarnya kena masukkan tepung ke dalam kuah durian tu...hihi..aku main2 buat resepi sendiri jek...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.