BEN ASHAARI

Wednesday, January 16, 2008

QUICHE TUNA BERKEJU

Jom kita minum petang...jemput makan "Quiche Tuna Berkeju" semuaa.....nak makan dengan sos pun boleh...nak makan dengan mayonnaise pun ok..
Tapi mat makan macam tu saja....eh!!..jangan malu, potong lagi, tambah.....

Bahan Pastri :-)
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk, didadu
1 camca besar gula aising
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh serbuk bawang putih (optional)

Bahan Inti :-)
1 tin tuna flakes in olive oil, ditoskan
1 biji bawang besar, cincang halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan mix vege (campuran lobak merah, kacang pis dan jagung)
1 camca besar mentega
1/2 cawan susu segar
2 helai bay leaf
1/2 ketul kiub pati ikan bilis "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar hirisan daun bawang*
25 g parutan keju cheddar*(*untuk hiasan)

Bahan Kastard :-)
3 biji telur*
1/3 cawan susu segar*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*(*dibancuh hingga rata)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK PASTRI:-) Masukkan tepung, gula aising dan serbuk bawang putih (jika guna) dalam satu bekas. Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jadi sehingga adunan berupa serbuk roti. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul pantas hingga menjadi doh yang tidah melekat di tepi mangkuk. Bungkus dengan plastic cling dan dinginkan 20 minit. Tak pe jika telur tidak habis digunakan.
  2. UNTUK INTI:-) Panaskan mentega dalam kuali, bila cair, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan bay leaf dan mix vege, gaul rata. Masukkan ikan tuna, serbuk lada hitam, pati ikan bilis dan juga susu. Kacau hingga semua sebati dan masak dengan api perlahan hingga kering. Angkat dan buang bay leaf. Ketepikan.
  3. PENYEDIAAN QUICHE TUNA BERKEJU:-) Keluarkan doh, canai diantara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm dan berdiameter 30 cm. Alihkan ke dalam acuan tart (mat guna yg berukuran 24cm) yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan dan potong lebihan doh, cucuk permukaan doh dengan garfu. Alas doh dengan aluminiu foil, dan masukkan kekacang. Bakar 15 minit pada suhu 175C. Kemudian, alihkan aluminium forl dan sambung bakar untuk 10 minit lagi. Keluarkan pastri tadi dari oven, ratakan inti dan tuang bahan kastrad. Tabur hirisan daun bawang dan parutan keju cheddar. Sambung membakar untuk 25 minit lagi hingga permukaan quiche kuning keemasan. Sejukkan sebelum dipotong untuk hidangan...Selamat mencuba!!

7 comments:

MamaFaMi said...

Sedapnya Quiche Tuna Berkeju Mat ni...ma nak tanya, taste dia rich tak? Kalau rich takut muak pulak...

jo ayee said...

jo suka makan ngan cili sos maggi..tekak melayu jugak kan mat

Mat Gebu said...

mamafami...
taste dia tu mcm biasa laa, mmg agak rich juga, itu pasal kalau bagi org makan, kita potong kecillll saja..ahaks, jimat!!, tapi mat makan perah jus limau kasturi tau..aneh ke?

Mat Gebu said...

Tulah jo..mat pun sama mcm u, tapi sebab jaranggggg sangat buat quiche nie...

Ummi said...

Mat, sedapnya Quiche Tuna tuuu..nnt kak nk try lee..hehe..sume nk try, bila lah agaknya..dgn keje kat ofis ni..hehe..

nuyui said...

Cik Mat,saya dah cuba...mmg best..thanks for sharing...buat utk bagi kat jiran tentangga

liana m. said...

cik mat, mahap la komen ni dtg berkurun lepas cik mat post resipi ni. sy tgh rajin nak memasak ni, tetibe teringin plak nak masak quiche ni ha. tp tak paham la tang cik mat ckp alas doh tu ngan aluminium foil tu..maksudnye lepas cucuk ngan garfu tu, letak foil tu atas permukaan doh tu ke??pastu letak kekacang? kekacang apekah?? mahap la sy tak penah la buat quiche ni..tak retiiii..

harap cik mat tak keberatan la nak meng explain kpd budak yg br belajar ni.uhuk2..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.