BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

JUN'S CHOCOLATE CAKE


Semalam sebelum mat masuk beradu lebih kurang jam 1.30 pagi, sempat juga pakcik melawat blog "pakar2" memasak kat alam maya nie...tersinggah blog Jun dan teruja sangat tengok kek coklat yang dia buat...memandangkan petang ni rasa bosan teramat sangat, nak gardening tapi hujan...lomah leerr...jadi apa lagi nak buat, dari duduk melopong eloklah pakcik cuba kek coklat Jun tu....Eh..sedap laaa, dah leer tu senang pulak, semua main putar dan lebur je....Jom try ramai2....Terima Kasih Junnnn.....lepas Jun apa?....Julai laaaa......hehehehe...

Bahan-Bahannya:-
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak jagung
200 ml susu sejat*
1 camca teh Nescafe*(*disatukan)
250 ml air panas
2 camca teh esen vanilla
1 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh sodium bicarbonate*
1 1/2 camca teh baking powder*
3/4 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)

Bahan Hiasan:-
150 g coklat masakkan
130 g yogurt perisa blueberry (boleh guna apa2 perisa ikut suka)
Whipping cream*
Ceri bertangkai*(*kalau suka)

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin kek bulat berdiameter 9 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus memukul hingga kembang dan pekat. Tuang susu+ nescafe perlahan2 sambil terus memukul pada kelajaun sederhana hingga habis. Gaul rata. Masukkan tepung berselang seli dengan minyak masak hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan esen vanilla dan diakhiri dengan air panas mendidih. Putar kesemuanya hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas tadi dan bakar 40 - 45 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan biarkan betul2 sejuk atas jaringan.
  4. Sementara itu, potong coklat masakan kecil2 dan masukkan dalam bekas tahan panas. Cairkan coklat secara double boiler. Masukkan yogurt dan gaul hingga sebati dengan coklat. Angkat dan tuang atas kek tadi. Ratakan dan biar coklat sejuk.
  5. Kalau suka bolehlah hidangkan kek tadi bersama whipping cream, ceri dan sedikit parutan coklat pada krim...selamat menjamu selera!!!

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.