BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

FLUFFY BANANA CUP CAKE

Dah beberapa hari nie badan rasa tak sedap, mungkin perubahan cuaca dari panas ke hujan....hari nie dah ok skit dan mulalah tekak tu merapu nak makan macam2. Kat rumah mat sekarang nie musim pisang, jadi petang tadi mulalah dengan projek pertama, Fluffy Banana Cup Cake...memang lembut dan gebu u!!!

Bahan-Bahannya:- (Mat buat 1/2 dari adunan dibawah)
120 g tepung halus/tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred A
120 g pisang, dilecek (mat guna pisang emas)
120 g gula halus
1/2 camca besar ovallate
85 g mentega cair
50 g kacang walnut, dicincang kasar

Cara membuatnya:-
  1. Satukan gula dengan ovallate, pukul hingga sebati dengan gula. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gunakan speed sederhana. Kemudian masukkan pisang lecek dan diakhiri dengan mentega cair. Gaul hingga semua rata dan sebati.
  3. Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul rata, sudukan ke dalam paper cup hingga hampir penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit. Keluarkan dari oven bila masak dan sejukkan atas jaringan...Boleh dihidangkan bersama teh untuk minum petang...

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.