BEN ASHAARI

Wednesday, January 9, 2008

BLUEBERRY HIDDEN CAKE


Bahan-bahannya:-

3/4 cawan gula aising
150 g mentega
250 g cream cheese
3 biji telur Gred A
1/2 camca teh esen vanilla
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1/4 cawan susu segar
1/2 cawan blueberry pie filing

Cara membuatnya:-

1- Pukul cream cheese, mentega hingga putih. Masukkan gula aisinng dan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang.

2- Masukkan esen vanilla dan terus memutar. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul hingga rata.

3- Tuang separuh adunan ke dalam acuan berlubang tengah yang telah disapu dengan mentega dan ditaburkan sedikit tepung. Kemudian ratakan blueberry pie filling atas adunan kek tadi dan tutup dgn lebihan adunan dan ratakan.

4- Hentak acuan kek 2 - 3 kali untuk membuang angin. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, kurang lebih 35 - 40 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan.

7 comments:

cek chun said...

akhirnya, sampai gak kat entry first. kira dari dulu dah hebat bab ambik pic ni yer mat. bab masak chun takmo cakap la. memang dah tahap dewa. keep on blogging ye cikmat. u rock ahh :)

Sunah Mohammad said...

wahhhhhhhhhhhhhhhh...entry lama ni takde ayat mukaddimah..ahahahahaha~

Isteri Yang Comel said...

komen kat entry first CMG

mrsazrul said...

bile komen kat sini rase cam orang yg awal2 jadi follower CMG.. :)

Mambang Terbang said...

yeahhh...akhirnya sampai gk entry pertama mat gebu....hehehe...terus ajar buat blueberry cake di entry yg first..hehe

http://violencexx.blogspot.com/

QASEHNYA RANIA said...

salam CMG....datang menjenguk sini...

CMG nak tanya if pu3 tukar filling blueberry dgn strawberry boleh tak?

nak try buat n amik resepi yer ...=)

harap sudi membantu

nik ain said...

Salam...CMG, nk tumpang tanya juger...terliur nk buat tp kt rumah ada byk lg self raising flour...kalu nak guna tepung tu x perlu tambah baking powder n bicarbonate soda dah ke? macamana plak dgn sukatan tepung yer...TQVM :-)