Assalammualaikum, salam semua. Buat apa tuu? Cuaca panas sekarang ni, dan aroma2 bulan Ramadan pun dah mula terasa, yelah kurang lebih sebulan ajer lagi kita nak berpuasa. Harap2 tahun ni covid19 semakin membaik dan para penerima suntikan vaksin berjalan dengan lancar. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi yang boleh dikatakan senang juga lah nak buat, iaitu kambing masak briyani. Kalau nak makan dengan nasi minyak, nasi briyani, nasi tomato atau nasi putih kosong pun sedap. Kalau tak makan kambing, boleh tukar guna ayam atau daging lembu. Satu lagi hidangankan sesuai juga untuk hari raya nanti, tuu diaa, belum apa2 dah sebut hari raya, rasa syahdu yea takut tak dapat balik beraya di kampung? Insha Allah kita berdoa agar kita dapat beraya seperti biasa walaupun tak sama macam dulu. Masakan ini juga boleh kita masak awal dan bekukan dalam freezer. Kalau berani, boleh juga cuba tukar kepada makanan laut seperti udang atau ketam. Tak salah mencuba, betul tak..
Untuk resipi kali ni, che mat guna kurang lebih 1 kg macam tu, kalau lebih pun mungkin sikit lah. Nampak ajer banyak, sebab kambing kan ada tulang, lainlah daging lembu. Che mat buat sedikit berkuah sebab nak cecah dengan roti nanti. Kambing masak briyani ni juga sesuai untuk kanak2 sebab tak pedas, cuma guna cili hijau saja dalam 3 biji, Mungkin lain orang, lain cara memasaknya, bergantung pada resipi dan teknik masing2. Rempah dia boleh guna rempah briyani sebarang jenama yang ada dipasaran. Tapi che mat guna rempah briyani timbang dari Syarikat Ismail Yahya di Batu Pahat, Johor. Rempah dia memang sedap, terutama rempah sup dan kurma. Bagi yang nak mencuba, meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini. Simpan ok, nanti raya boleh try masak, jomm kita mulakan.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg kambing bahagian peha, dipotong pada saiz sederhana
5 camca besar penuh rempah briyani
1 genggam kacang gajus, kisar halus
3 camca besar tomato puree
1 1/4 cawan susu cair*
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca besar penuh gula melaka
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar pati minuman sunquick
5 biji kentang
Air panas secukupnnya
Garam secukup rasa
2 pokok daun ketumbar, kerat kasar
1 genggam daun pudina
4 camca besar minyak sapi QBB
BAHAN-BAHAN PERAP :-)
1 biji bawang besar
15 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
3 biji cili hijau
4 batang serai, hiris
1 inci halia
1 inci lengkuas
BAHAN-BAHAN DIGORENG :-)
7-8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih*(*dihiris dan dijadikan bawang goreng)
1 genggam gajus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kambing dicuci bersih dan rebus 30 minit, buang air rebusannya. Kisar halus semua bahan2 untuk perap dan gaulkan dengan kambing yang direbus tadi. Perap 1 jam, simpan dalam peti sejuk. Kentang dikupas, cuci dan kerat 2 setiap 1 biji. Kendian rebus hingga empuk, toskan dan goreng hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, guna lebihan minyak goreng bawang tadi, tambah minyak sapi dan biar hingga minyak sapi cair. Sementara itu, bancuh rempah briyani dengan sedikit air dan kacau hingga menjadi pes. Masukkan ke dalam periuk, tumis dan masak hingga wangi, guna api kecil dan kacau sentiasa.
- Masukkan daun pandan dan tomato puree, kacau rata dan masak sekejap. Tambah kambing yang telah diperap tadi, gaul rata. Masukkan kacang gajus kisar, susu cair + jus limau kasturi dan oren sunquick. Kacau rata dan tambah air panas secukupnya. Masak hingga mendidih dan sederhanakan api. Masak hingga kambing empuk. Tambah air panas jika perlu.
- Bila kambing dah empuk, masukkan kentang goreng, gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Jika suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air panas. Masak sekejap lagi, masukkan daun ketumbar, daun pudina dan bahan2 yang kita goreng tadi. Biarkan sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangan ini akan jadi pekat nanti. Selamat mencuba!
0 Comments