RESIPI LEMAK CILI PADI IKAN TEMPOYAK PETAI

RESIPI LEMAK CILI PADI IKAN TEMPOYAK PETAI

Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi mudah, tapi nama dia saja agak panjang. Menu macam ni biasanya terkenal di Negeri Sembilan. Che mat guna ikan putih, sejenis ikan air tawar atau ikan sungai, Bagi yang tak makan ikan sungai, boleh ganti dengan ikan kembong. Dan kalau guna ikan laut, rasa che mat tak perlulah digoreng dulu. Che mat goreng dulu ikan sungai ni sebelum dimasak lemak cili padi atas beberapa sebab. Pertama ikan ni mudah hancur sebab isi dia lembut. dan sebab kedua, kerana  tulang halus dia banyak, jadi kalau kita goreng dulu lebih mudahlah bila nak makan nanti. Sebab che mat dan mak saja yang makan, maka ku masukkan tempoyak dan petai, perghh terangkat wakk, sehingga menjilat pinggan kesedapan dia. Satu lagi, kalau masak ikan, tak perlu letak serai, cuma guna daun kunyit sahaja. Tapi kalau masak ayam atau daging, serai wajib guna. Cuma pada pendapat che mat lah, nak taruk serai dengan daun kunyit sekali jalan pun ok, boleh saja, yang nak makan pun kita, bukan orang lain. Jomm kita semak resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ekor ikan putih (sejenis ikan air tawar) sebesar 3 jari orang dewasa
1/3 cawan isi petai atau ikut budget masing2
1 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
1 helai daun kunyit, disiat
1 cawan pati santan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung
2 inci kunyit hidup, pilih kunyit yang tua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan putih digunting sirip dan ekornya, kemudian buang sisik ikan. Tips che mat untuk mengelakkan sisiknya berterabuk, kita kikis dalam air, maksudnya ikan tu direndam dan keruk sisik ikan tadi guna pisau, berhati2. Buat hingga siap, kerat bahagian kepalanya dan bersihkan isi perut ikan tadi. Kemudian kelar2 bahagian badan ikan, buat pada kedua2 bahagian. Lakukan proses yang sama untuk baki ikan. Cuci bersih toskan dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam kasar, selama 10 minit, kemudian cuci bersih.
  2. Gaul dengan secamca teh penuh serbuk kunyit dan sedikit garam hingga rata. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan2 tumbuk halus ke dalam periuk bersama tempoyak dan asam gelugor. kacau rata dan tuang air secukupnya, anggaran 3 cawan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan petai dan masak sekejap. Boleh tambah ikan, kacau perlahan dan biarkan mendidih.
  4. Tuang santan dan perasakan dengan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun kunyit, kacau perlahan dan biarkan mendidih perlahan dengan api kecil, kacau sentiasa untuk mengelakkan santan berkepala. Rasa dan jika ok  boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain.Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.