RESIPI HARISSA

 Assalammualaikum, salam semua. Diam tak diam hari ni dah 8 Syaban 1441 Hijrah, dan tak sampai sebulan lagi dah nak masuk bulan puasa. Dengan keadaan negara kita yang masih berada dalam situasi berjaga-jaga dengan kes wabak Covid19, mungkin bulan Ramadan tahun ni tak sama dengan bulan2 Ramadan yang lepas. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa, dan kena yakin jika Allah berkehendak, semuanya akan menjadi. Hari ni che mat nak kongsi satu menu yang popular di Johor dan Singapura, terutama mereka yang berketurunan Arab. Pernah dengar Harissa, nama dia seperti nama anak dara pingitan ajer kan. Tapi yang sebenarnya Harissa ialah satu menu quaker oats yang dimasak dengan kuah sup ayam atau kambing, sehingga kental seperti dodol. Harissa telah dibawa masuk oleh pedagang2 arab yang berniaga pada zaman dulu. Mereka akan menjadikan juadah Harissa sebagai sarapab pagi. Pengaruh arab telah sebati dengan masakkan orang2 Johor dan telah sesuaikan dengan selera tempatan...

Sebagai contoh Harissa yang dimakan oleh orang2 Johor, dilengkapi dengan cili garam dan perahan limau kasturi, selain madu, bawang goreng dan minyak sapi. Tak semua orang meminati harissa, dan che mat sendiri baru pertama kali buat. Harissa bertambah enak bila dimakan dengan bahan2 sampingan seperti che mat tulis sebelum ni. Di sebabkan asal usul makanan ini dari tanah Arab, jadi penggunaan minyak sapi memang tak boleh dielakkan. Tapi untuk resipi ni, che mat kurangkan sikit minyak sapi. In sha Allah bila dah digabungkan dengan cili garam, madu, bawang goreng dan perahan jus limau kasturi, Harissa akan menghasilkan rasa yang cukup enak, tak muak langsung. Proses memasak harissa ini takde lah susah, cuma mengambil masa lama sikit, kurang lebih 1 jam 30 minit. Yang letih sikit bab mengacau harissa dalam kuali, hingga menjadi kental seperti dodol. Bagi yang ingin mencuba, che mat kongsikan resipi Harissa di bawah ini yea....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong 4, cuci bersih dan toskan
2 liter air
1 camca besar rempah briyani
1/2 camca besar rempah sup
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar (kalau bawang besar tu kecik, guna 2 biji)*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
1/2 camca besar lada hitam kisar
1 camca besar minyak sapi
3 cawan quaker oats
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Madu lebah
Bawang goreng
Cili garam (tumbuk 3 biji cili merah dengan sedikit garam hingga halus)
Limau kasturi, dibelah dua
Minyak sapi yang dicairkan (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan air ke dalam periuk, tuang bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam, kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, rempah sup dan rempah briyani. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa (garam jangan letak banyak sangat, bagi rasa lemak2 dah cukup). Masak hingga ayam empuk. Keluarkan ayam, biarkan sejuk. Kuah sup tadi ditapis ke dalam kuali, seelok2nya guna kuali non-stick.
  2. Ayam diasingkan isi dari tulangnya. Isi ayam dicarik halus2 atau boleh dikisar dalam food processor hingga hancur. Masukkan isi ayam tadi ke dalam kuah suap. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan quaker oats dan lada hitam kisar. Kecilkan api dan kacau tanpa henti hingga pekat seperti dodol, kurang lebih 1 jam 30 minit. Masukkan minyak sapi, kacau rata dan bila adunan tak melekat di kuali, tu tanda harissa kita dah masak. Matikan api dan cedok harissa ke dalam beberapa bekas sesuai dan lekukkan bahagian tengahnya sedikit. Biarkan sejuk.
  3. UNTUK MENGHIDANG HARISSA :- Tuang sediki minyak sapi cair pada bahagian harissa yang telah dilekukkan tadi dan taburkab bawang goreng. Potong dan taruk dalam piring sesuai. curahkan sedikit madu dan hidangkan dengan cili garam, jangan lupa perahkan jus limau kasturi sebelum kita makan harissa tadi. Selamat mencuba!
RESIPI HARISSA RESIPI HARISSA Reviewed by Mat Gebu on April 02, 2020 Rating: 5

3 comments:

  1. uik, serius tak pernah dengar dan tak pernah makan walau da duduk johor lebih 10 tahun..haha

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak cik mat bg resepi ni. Suka makan harissa ni , mak saudara bapa mertua di jb rajin buat n kirimkan pd anak saudara kesayangannya (bapa mertua ler) di kL ni. . kita tumpang2 rasa jer . bila minta resepi nk buat org2 kL sini kata tak payahlah buat...remeh...kolestrol ..bagai...hilang motivasi nk buat hahaha...kali ni kita proceed yer dak.....yabbeda beduuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah....t.kaseh d atas pengkongsian. Slalu makan mase arwah mak ade bile raya. Bile mak dah takde...nak makan tapi takde yang nak buat. Nampaknye kene buat sendiri lah.

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.