RESIPI MI BANDUNG

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni lewat petang baru sempat nak masukkan entri. Entah kenapa, lepas Asar tadi tiba2 nak makan mi bandung. Biasanya, kalau nak makan mi bandung, kami akan pi beli dengan Ayu tuan punya restoran Citara Rinduan di Felda Sungai Sayong, tapi jaraknya memang jauhlah dari kampung che mat. Takpe, kita korek2 dalam peti sejuk, tengok apa yang ada. Tak cukup bahan pun takpe lah janji rasa mi bandung tu ada. Bila sebut mi bandung, mesti teringat daerah Muar, yang memang terkenal dengan mi bandung. Ingat yea, mi bandung bukan berasal dari Bandung, Indonesia. malah kat Bandung pun memang takde mi ni. Che mat pernah buat beberapa kali dan kalau nak lagi senang, boleh beli pes segera mi bandung, bila rasa nak makan, dah boleh buat, janji bahan asas dia seperti mi kuning, udang. daging, telur dan sayur sawi ada kat rumah. Che mat gantika sayur sai dengan kailan. dah tu ajer yang ada. Tapi sedap lah wakk, campur kailan. Kalau nak cuba resipi mi bandung gaya che mat, meh kita semak resipi kat bawah ni..

BAHAN-BAHAN KUAH MI BANDUNG :-)
1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang holland*
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
3 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*dikisar halus)
200 gram daging lembu, hiris cuci dan rebus hingga empuk, asingkan air rebusannya
8 ekor udang saiz besar, dibersihkan
1 biji tomato, dadu kecil
5 pokok baby kailan, cuci dan dikerat
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos tiram
3 camca besar kacang tanah tumbuk
4 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, dicuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, digoreng dan hiris (tak letak, sebab takde)
Hirisan daun sup
Hirisan cili merah dan cili hijau
Bawang goreng
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH MI BANDUNG :- Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Kacau sentiasa. Tambah sos tomato dan sos tiram, kacau dan tuang air rebusan daging dan tambah air secukupnya. Biarkan mendidih,
  2. Masukkan tomato, daging dan kacang tanah tumbuk. Masak hingga tomato lembut. Perlahankan api, pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah, pastikan telur tidah bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur keras. Masukkan udang dan sayur kailan (atau sawi), kacau perlahan.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap hingga kailan lembut dn udang masak. Tambah sedikit air panas jika kuahnya terlalu pekat. Rasa jika ok boleh matikan api. 
  4. UNTUK PENYEDIAAN MI BANDUNG :- Masukkan mi kuning secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Tuangkan kuahnya (jangan lupa tarukkan sekali daging, udang dan telur). Hias dengan hirisan cili merah, cili hijau, daun sup, tauhu goreng, bawang goreng dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan. Hidangan ini kurang lebih untuk 4 - 5 orang. Selamat mencuba!
RESIPI MI BANDUNG RESIPI MI BANDUNG Reviewed by Mat Gebu on 1/05/2020 06:49:00 PM Rating: 5

No comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.