RESIPI LAKSA ASAM

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat cuti masak nasi, jadi kita hidangkan menu laksa asam. Jemu juga makan nasi dengan lauk2 yang biasa kita masak. Sekali2 nak makan yang ringan dan ringkas. Laksa asam antara pilihan che mat jika nak kan kelainan untuk menggantikan hidangan nasi. Resipi laksa asam senang dibuat dan tidak melibatkan proses menumis dan sebagainya, kiranya laksa asam ini hidangan sihat. Che mat gunakan 2 jenis isi ikan, ikan kembong dan tenggiri, kebetulan ada lebihan ikan tenggiri dalam freezer, tu yang habiskan untuk buat laksa. Tips untuk mendapat kuah laksa yang sedap, ikan kena lah sedar, macam che mat punya ni, ikan kembong tu dalam kategori segar juga lah, cuma ikan tenggiri tu saja, yang dah lama sikit. Selain tu, ada yang masukkan ketam dalam kuah dia, tu pun bertujuan untuk mendapat rasa kuah yang lebih sedap. Satu lagi tips yang che mat ingin kongsikan, masa masak kuah laksa tu, tambakan sesudu besar petis @ otak udang. Kalau nak mencuba, meh semak resipinya bawah ini...

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA ASAM :-)
4 ekor ikan kembong
1 keping ikan tenggiri (sebesar tapak tangan
5 keping asam gelugor
1/2 cawan jus asam jawa (guna asam jawa sebesar duit 50 sen lama + 1/2 cawan air, ramas dan tapis)
1 batang serai, diketuk
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom
1 ekor ketam saiz sederhana, dibersihkan (optional)
2 camca besar penuh cili kisar
2 liter air
1/4 camca teh serbuk perasa
1 camca besar petis @ otak udang
2 biji bawang besar*
2 inci belacan*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi Laksa secukupnya, terpulang nak guna mi laksa segar atau yang kering
Bawang besar, dimayang halus
Timun, dihiris halus seperti anak mancis
Telur rebus secukunya, dibelah 2 setiap 1
Nanas secukupnya, hiris halus
Daun salad, secukupnya, dihiris
Bunga kantan, hiris halus
Daun kesom, hiris halus
Daun pudina (che mat lupa nak letak)
Cili merah atau cili padi, hiris halus
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Petis @ otak udang

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH LAKSA ASAM :- Ikan kembong disiang, cuci bersih, begitu juga dengan kepingan ikan tenggiri. Masukkan ke dua2 jenis ikan tadi ke dalam periuk, tuang air anggaran 1 liter. Masukkan sedikit garam dan rebus hingga ikan masak, kurang lebih 15 minit. Angkat ikan, toskan dan bila sejuk, asingkan isi ikan dari tulangnya. Isi ikan ditumbuk hingga halus, menggunakan lesung batu. Atau boleh masukkan ke dalam food processor. Ketepikan.
  2. Tulang ikan tadi dikisar dengan air rebusan ikan. Tapiskan ke dalam periuk. Masukkan juga bawang besar dan belacan yang telah dikisar tadi. Tambah serai, cili kisar, asam gelugor, jus asam jawa dan ketam (jika guna), kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan isi ikan dan bunga kantan. Tambah air panas jika suka kuah lebih. Masukkan serbuk perasa, petis@otak udang, garam secukup rasa dan daun kesom. Masak dengan api sederhana selama 20 minit lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK MENGHIDANG LAKSA ASAM :- Sediakan mangkuk sesuai, cedok mi laksa secukupnya ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa asam secukupnya (pastikan kita kacau dulu kuah laksa sebelum dituang). Hias dengan hirisan bawang besar, daun salad, timun, bunga kantan, daun kesom, nanas, daun pudina, telur rebus dan cili padi. Sudukan petis dan perah jus limau kasturi sebelum dimakan....Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.