RESIPI KARI IKAN

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni ujan sepanjang hari kat kampung che mat. Kebetulan, tadi ada jemputan kawin di Kluang, jadi seawal pagi che mat dah masak, manalah tau, kot2 ada tetamu bertandang, jadi takleh stress, sekurang2nya tinggal masakkan nasi saja, yea tak. Menu yang sempat che mat masak sebelum pergi ke majlis tadi, ialah kari ikan tenggiri, acar timun dan sambal belacan buah kuini, ada pulak ulam jering, yang tu che mat tak makan, tapi mak che mat peminat no. 1 jering muda. Bau dia, kus semangat, boleh pitamm! Tapi dah sedap punya pasal. biarkan saja lah, cuma kerja ada lebih sikit lah bila kau makan jering, terutama di bilik air. Kari che mat memang cair sedikit, arwah Bak masa dia ada dulu, dia memang gemar kari macam ni, dan sedap kalau cicah lempeng, ishh, hujan2 gini terbayang pulak lempeng cicah kuah kari...menggoda betul lah. Tu esok2 lah kita buat. Bagi yang nak mencuba resipi kari ikan gaya che mat, boleh lah rujuk resipi kat bawah ni....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 -4 kepingan ikan tenggiri papan, cuci bersih dan toskan
1 biji terung unggu
1 biji tomato
2 camca besar penuh rempah kari ikan, Baba's
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar sos cili
1 kiub pati ikan bilis
1/2 cawan air asam jawa
100 ml pati santan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca besar halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Terung dikerat 3, belah 2 setiap keratan dan belah 2 tapi tak putus untuk setiap belahan. Rendam dalam air yang dicampur sedikit garam. Tomato dicuci dan belah 4. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air, anggaran 1/4 cawan dan kacau hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga layu, tambah bahan2 tumbuk dan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Masukkan pes rempah dan sos cili, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Tuang air secukupnya, anggaran 800 ml. kacau dan biarkan mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, jus asam jawa dan terung (toskan dulu air rendamannya). Kacau dan masak sekejap. Tambah ikan tenggiri dan masak hingga terung hampir lembut. Akhir sekali tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan tomato. Masak hingga mendidih, pastikan kacau sentiasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan....Selamat mencuba

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.