RESIPI KEK MARBLE KAMPUNG

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni entah kenapa teringin nak makan kek marble kampung. Sebenarnya kek marble kampung ni sama saja dengan kek marble biasa cuma kita tukar mentega dengan majerin dan orang kita sejak dulu, kalau sebut majerin semestinya Planta, yea dak. Memang menjadi tradisi turun temurun, kalau nak buat kek atau biskut raya, planta adalah pilihan utama, selain buttercup, ingat yea buttercup tu bukan mentega atau butter tapi jenama dia buttercup (sejenis bunga, boleh google kalau nak tau rupa bunga buttercup). Kat rumah che mat majerin planta agak jarang digunakan kecuali kalau nak goreng nasi atau sapu pada roti sebelum dibuat sandwich. Kadang2 sapu juga kat roti bakar atau guna dalam doh karipap. Resipi asal gunakan 250 gm majerin, tapi che mat kekurangan 10 gram, grrrr, belasah ajer lah. Majerin tu pulak ada sebahagiannya dah cair, dan beku balik, sebab bekas dia che mat taruk kat dapur, mungkin kena haba panas masa memasak. Takpe lah, kita gamble saja, kalau jadi, jadi lah, kalau tak jadi pun, kita jadi, janji boleh ditelan...ehh, dah macam ular sawa pulak, telan2...hahaha....

Secara keseluruhannya kek ni kira boleh lah, sedap dan takde lah muak sangat. Berbeza dari penggunaan mentega, kek guna majerin ni aroma dia khas, dan agak vegetarian baru dia, kalau guna mentegakan bau dia 'rich'. Lembut dan lembap tapi secara jujur, lepas makan kek marble kampung ni, che mat lebih kepada kek yang guna mentega. Kek macam ni, sesuai bagi yang tak makan mentega, teringat sedara che mat, dia tak makan mentega, bila nak raya dah satu kerja pulak mencari biskut raya yang tak pakai mentega....hahaha. yelah tekak masing2, mana kita boleh paksa, kalau tak suka. Apa2p pun kek marble kampung ni memang sesuai kalau dihidangkan dengan teh O atau kopi O panas, nak2 dihidangkan di kala cuaca mendung berangin....aduhh, nikmatnya, sambil2 membawang, yea dak....ehh, dengar cerita bawang mahal kan sekarang ni, hurmm, terpaksa jimat lah nampaknya...Meh che mat kongsikan resipi kek marble kampung di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram majerin sebarang jenama, che mat guna planta
130 gram gula kastor
4 biji telur gred A
240 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
1/4 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar serbuk koko
1/4 camca teh coffe emulco (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan majerin dan alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Putar majerin dan gula kastor hingga kembang, pastikan gula hancur. Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga adunan kembang dan pucat.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu segar, hingga habis, putar sebati. Tambah esen vanilla dan putar rata. Cedok kurang lebih 6 camca besar adunan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk lain. Tambah serbuk koko dan coffee emulco (jika guna), kacau rata hingga sebati. 
  3. Tuang 1/2 adunan tanpa warna dan sudukan beberapa bahagian atasnya dengan adunan koko, tuang baki adunan tanpa warna dan sudukan lagi baki adunan koko. Gunakan chopstick atau hujung pisau, pusingkan adunan tadi beberapa kali agar membentuk corak marble.
  4. Bakar dalam oven kurang lebih 45 minit atau hingga kek masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bersih pada bahagian tengahnya, kalau keluar bersih tanda kek masak. Keluarkan kek dari oven, biarkan 5 minit dan boleh keluarkan kek dari tin. Sejukkan sepenuhnya atau jaringan dan boleh hidangkan. Kalau makan keesokkan harinya, kek akan lebih lembap. Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.