RESIPI MI GORENG MAMAK

Cakkkk! Assalammualaikum semua. Ehh, tiba2 ada entri baru pulak kat blog tiffinbiru, masak apa lah tu agaknya kan? Che mat masak mi goreng mamak, tapi ni style che mat lah. Yang penting rasa ala2 mamak tu ada wakk. Hari ni masak lewat sikit sebab mak dan abang long berpuasa, che mat, in sha Allah, Isnin nanti kot mula puasa. Untuk hidangan tengah hari tadi, moh leer kita goreng mi mamak style. Banyak juga versi mi goreng mamak yang ada kat internet dan sebelum ni pun che mat dah pernah bikin 2 - 3 kali. Resipi dia ada dalam blog. Cuma kali ni che mat ada tambah sedikit serbuk kari, bukan banyak yea, cuma dalam 1/2 camca besar ajer, tu pun sebab guna mi kurang lebih dalam 400 gram. Banyak tu pun boleh makan untuk 4 - 5 orang sebenarnya atau lebih. Kuantiti mi goreng akan bertambah lepas kita dah masukkan dengan segala bahan2 rencah dia. Mana yang agak2 nak mencuba tu, boleh tengok resipi yang che mat kongsikan di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400+ gram mi kuning, che mat guna numee dari Gardenia, cuci dan toskan
2 genggam longgar taugeh, dibersihkan
2 pokok sawi, cuci dan kerat berasingan batang dan daunnya
2 biji cili hijau, kerat kasar
1 biji kentang, kupas, potong kiub dan goreng hingga masak
1 biji tomato, belah 8, che mat guna 8 biji tomato ceri
1/3 cawan hirisan nipis daging batang pinang, cuci dan toskan
1 batang fish cake, hiris
1 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
Segenggam isi udang
2 biji telur, dipukul sedikit
2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar rempah kari daging
2 camca besar sos tomato*
2 camca besar sos cili*
1 camca besar kicap pekat*
1 camca besar kicap cair*(*disatukan dan kacau rata)
3 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Hirisan timun
Belahan limau kasturi
Sos cili, untuk dimakan dengan mi goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 4 camca besar. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu, masukkan cili kisar, masak hingga cili garing, tambah rempah kari, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan daging, masak hingga daging berubah warna. Tolak daging ketepi dan tambah bahan bertanda (*) yang disatukan tadi. Kacau rata dan gaul dengan daging,
  2. Masukkan udang, fishcaken batang sawi, tauhu dan kentang, kacau rata. Besarkan api, masukkan mi dan gaul rata. Buat lubang ditengah2 mi tadi, masukkan 1 camca besar minyak dan tuangkan telur. Biar sekejap hingga telur kental, kacau rata dan gaulkan dengan mi tadi, masak hingga mi kering.
  3. Rasa dan jika kurang masin, boleh renjiskan dengan kicap cair secukupnya. Tambah daun sawi dan taugeh, kacau rata dan akhir sekali masukkan hirisan cili hijau dan tomato, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Tabur mi goreng dengan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan timun dan tambah sos cili, jika suka. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan, sedap dimakan panas2..

Post a Comment

4 Comments

  1. makan waktu petang memang awesome ni...terima kasih resipi ini

    ReplyDelete
  2. Kentang yang digoreng untuk apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nombor 2 ada sebut, masukkan kentang bersama udang, fishcake, batang sawi dan tauhu..

      Delete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.