RESIPI ASAM KARI IKAN PARI

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni 29 Syawal 1440 Hijrah, hari terakhir Syawal untuk tahun 2019. Dan hari ni juga che mat masak menu ringkas untuk hidangan makan tengah hari. Asam kari ikan pari, menu orang Peranakan yang harus anda cuba jika inginkan satu kelainan. Resipi ini gabungan antara masakan kari dan asam pedas, tidak menggunakan santan dan yang penting herba2 yang biasa kita masukkan dalam asam pedas kena ada. Jika anda bukan penggemar ikan pari, boleh gantikan dengan ikan tenggiri, ikan merah atau sebarang ikan yang banyak isinya. Macam selalu che mat cakap, kalau guna ikan lain, rasanya juga sedikit berbeza bergantung pada jenis ikan yang kita gunakan. Di sebabkan dalam peti sejuk che mat ada bendi dan tomato, kita gunakan sajalah. Kalau nak teruk terung pun boleh, ikut selera masing2. Asam kari sedap digandingkan dengan telur dadar, sambal belacan dan ulam2man, nasi pulak panas2, mak mertua panggil 2 kali pun bunyi macam jauh ajer wakk!....Resipi boleh semak di bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500+ gram ikan pari
10 batang bendi
1 biji tomato
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan
2 batang serai, diketuk
2 camca besar rempah kari*
1/3 cawan air*(*disatukan dan kacau rata hingga menjadi pes)
1/3 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN2 KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, cuci, gaul dengan 1 camca teh garam dan jus limau nipis atau jus limau kasturi, perap 15 minit, cuci hingga bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan. Tomato dibelah 4, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau dan masak hingga rempah naik minyak. Tuang air secukupnya, anggaran 3 cawan, kacau rata dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan pari dan masak sekejap. Masukkan jus asam jawa, masukkan 1/2 bahagian dulu. Tambah bunga kantan, bendi (kerat sedikit bahagian pangkal dan hujungnya), dan daun kesom. Biarkan mendidih.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Rasa dan jika kurang rasa masam, tambah lagi jus asam jawa. Kacau rata dan masak hingga bend lembut sediki, masukkan tomato dan boleh matikan api. Hidangkan asam kari dengan nasi putih, telur dadar, sambal belacan dan ulam2man....Selamat mencuba!

Post a Comment

6 Comments

  1. selalu cuba tak pernah jadi..tatau apa yg tak kena...kena makan kat kedai baru kena agaknya..

    ReplyDelete
  2. Kalau masak asam pedas, memang masak dia sejenis je. Dah ada lauk dan sayur. Letak bendi banyak2 sikit. Sedap!

    ReplyDelete
  3. Uiii nengok memalamm sedapnyaaaa asam pedas tuuu...yummssss

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa pari ni.. feveret lauk ni..

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.