RESIPI BISKUT CORNFLAKES

 Assalammualaikum, salam semua. Hari ni selesai dah 17 Ramadan, ehem, dah berapa kg berat turun? Che mat rasa macam tak turun ajer, tapi tu hari masa pi medical check up. turun 2 kg wakk, doktor kata bagus. Sebenarnya turun 2 kg tu takde pun perubahan apa2 macam tu juga gebu dia, membulat gamaknya, hahaha. Hari ni che mat nak kongsikan resipi biskut cornflakes. Memang sebelum ni dah ada, tapi yang ni versi lain sikit dan che mat dapat dari youtube Indonesia. Sedikit penambahan bahan che mat buat dan alhamdulillah, hasilnya amat memuaskan. Rangup dan rasa lemak2 manis. Che mat gunakan cornflakes jenis yang kecil2, kalau guna yang jenis biasa, kita kena hancurkan sedikit, tapi bukan hancur sangat cuma kasi patah2 kan ajer...

Resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 160+ keping biskut cornflakes, tapi bergantung pada saiz yang anda gentel. Che mat guna kurang lebih sebesar hujung ibu jari orang dewasa. Disebabkab resipi ini menggunakana baking powder, maka biskutnya akan membesar sedikit, tapi teksturnya tidah berderai. Kalau suka nak hias dengan potongan ceri pun boleh, atau kalau terlebih rajin, boleh drizzle kan dengan coklat cair. Satu kelemahan biskut yang ada cornflakes ni, tak boleh terdedah pada udara lama sangat, nanti dia lemau. Jadi kena sentiasa simpan dalam bekas kedap udara, dan bila dah ambik tu, jangan lupa tutup balik baling kuih, toksah dibiarkan ternganga, nanti masuk angin. Resipi che mat kongsikan kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
225 gram mentega
130 gram gula aising
1 biji telur gred A atau B
300 gram tepung gandum*
30 gram susu tepung*
1 camca teh emplex (penggaring biskut)*
2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
60 gram cornflakes diramas hancur
1 camca teh esen vanilla
120 gram cornflakes, diramas kasar, untuk salut biskut

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati dan pucat. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, tambah esen vanilla dan masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah pulak cornflakes yang diramas halus. Putar hingga semua bersatu. Adunan ini agak lembut, jadi simpan dalam freezer kurang lebih 10 - 12 minit. 
  2. Keluar adunan dari freezer, cedok adunan sebesar ibu jari orang dewasa, buat bentuk bebola dan golek2kan dalam cornflakes yang diramas kasar tadi, tekan2 sedikit agar cornflakes melekat. Susun dalam dulang pembakar, buat hingga siap. 
  3. Tekan perlahan dengan garfu dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau hingga kekuningan. Keluarkan dari oven, biarkan sekejap dalam dulang dan boleh sejukkan biskut atas jaringan. Simpan dalam bekas kedap udara...Selamat mencuba!
CATATAN MAT GEBU :- Kalau takde emplex, biskut ni masih jadi dan sedap cuma kurang sedikit garingnya. Satu lagi, kalau ada lemak sayur atau shortening, kita boleh masukkan, caranya, gunakan 200 gram mentega dan 25 gram shortening atau lemak sayur. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Shortening tu berfungsi untuk menggebukan biskut kan che mat?

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.