RESIPI SUP KEPALA IKAN

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak sup ikan. Resipi ni mungkin biasa dah anda bikin, tapi che mat sebenarnya pertama kali masak sup ikan menggunakan perencah sup bunjut untuk sup ikan keluaran Adabi. Bahan2 lain tu sama saja, ada tambah lobak merah dan  batang saderi. Ada yang suka tambah kentang, tapi che mat kurang minat, kecuali kalau sup ayam atau atau tulang, baru lah ngam dengan kentang, betul tak, cuma ikut selera masing2 samada nak taruk atau tidak. Sup ikan macam ni paling enak dimakan dengan sambal kicap, nak makan sama nasi atau macam tu saja pun sedap. Satu lagi rasa sup ikan selain bahan2 rempah ratus yang kita guna, ikan itu sendiri memberi rasa yang berbeza pada kuah sup. Kalau guna ikan merah, rasa dia berbeza dari ikan ketarap dan sebagainya. Untuk kali ni, che mat gunakan kepala ikan ketarap segar yang datang dari pasar Pontian, Johor. Resipi ni menghasilkan sup yang agak ringan dan sesuai juga untuk kanak2 sebab tak pedas. Jomm kita semak resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan ketarap (atau ikan merah), dibelah dua, cuci bersih dan toskan
1 batang lobak merah, saiz sederhana, dipotong berbaji
1 batang saleri, dihiris sederhana tebal
1 biji tomato. dibelah 4
1 batang serai, diketuk
2 helai daub bay kering (bay leaf)
1 sup bunjut, sup ikan Adabi
1 camca teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup, dikerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN TUMIS
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, diracik halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 3 camca besar, masukkan bahan2 tumis, serai dan bay leaf, kacau rata dan masak hingga bawang layu dan keperangan. Tuang air secukupnya, anggaran 1 liter, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kiub pati ikan bilis, daun sup yang dikerat kasar dan 1 camca besar bawang goreng, kacau rata.
  2. Masukkan lobak merah dan batang saderi, kacau dan masak hingga lobak lembut. Boleh masukkan kepala ikan, kacau perlahan, Tambah lada hitam tumbuk dan perasakan dengan garam secukupnya. Biar mendidih dengan api sederhana hingga kepala ikan masak. 
  3. Akhir sekali, masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau suka, boleh juga dihidangkan dengan sambal kicap. Selamat mencuba!

Post a Comment

2 Comments

  1. sedapnya sup kepala ikan tu, pak cik

    ReplyDelete
  2. Cuaca panas-panas ni, sedaplah makan sup ikan macam ni kann...
    Hai abang Mat ..

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.