RESIPI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI

Assalammualaikum, salam semua. Diam tak diam kita hari ni dah 4 hb Februari 2019, kurang lebih 3 bulan lagi, in sha Allah Ramadan muncul, moga kita semua diberi kesihatan dan dipanjangkan usia hingga berjumpa bulan mulia Ramadan. Hari ni che mat ambik kesempatan untuk kemas kini blog, resipi yang akan dikongsikan hari ini ialah masak lemak cilu padi daging salai. Dan che mat masukkan rebung, tapi yang ni bukan rebung jeruk. Kalau dapat rebung jeruk, lagi sedap, cuma ada orang tak berapa suka bau rebung jeruk yang agak menyengat dan tajam. Kalau takde rebung, boleh guna belimbing buluh, buah bacang muda, pucuk asam gelugor, pucuk ubi atau pun buah mangga muda. Daging salai tu che mat bukan buat sendiri, tapi che mat dapat dari sorang pengusaha daging salai, selain daging salai, dia juga ada jual itik salai. Boleh ke IG - Dagingsalaicikyah atau FB - Dagingsalaicikyah . Teknik menyalai pun guna kaedah tradisional, jadi rasa keasliannya terjamin. dan satu lagi ia siap divacum pack tau, jadi terjamin kebersihan dia dan rasanya terpelihara, boleh lihat contohnya kat IG che mat, di sini. Kalau nak cuba resipi lemak cili padi daging salai, meh che mat tuliskan resipi dia kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging salai
Rebung secukupnya, hiris nipis, cuci dan celur, toskan (anggaran 3 cawan)
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3  cawan cili padi kampung, che mat campur yang warna hijau dan merah
2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci daging salai, toskan dan masukkan ke dalam periuk ( yang che mat punya ni, memang dah siap hiris, jadi tak perlu potong lagi). Masukkan asam gelugor, serai dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut.
  2. Masukkan rebung, kacau rata dan masak sekejap. Tambah pati santan dan daun kunyit. Kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak hingga rebung lembut, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Post a Comment

3 Comments

  1. Sedapnyaaa lahaiii Mat oii..
    Aku balik Johor, nak masak jugalah...

    ReplyDelete
  2. kalau kt kelantan kurang famous sikit daging salai ni. Tapi ada je. saya dok kl baru kenal makanan salai2 ni. not bad sbb makanan kampung kan. nak pulak masak lemak alahai sedapnya

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.