RESIPI BUBUR KAMBING

Assalammualaikum, salam semua. Pagi tadi che mat tiba2 ngidam bubur kambing. Nak bikin takut bahan2 takde dalam simpanan, takpe kita gamble, korek freezer dulu tengok apa yang ada, dan dengan izin Allah swt, memang ada wakk stok kambing dalam tu. Korek pulak peti sejuk, eh...eh...ehh, macam tau2 ajer, ada juga bahan2 yang sewakttu dengannya untuk masak bubur kambing. Maka operasi pun bermula. Mungkin cara che mat tak sama dengan cara orang lain. Dan kalau ada orang yang tak tau buat, boleh lah cuba2 bikin cara che mat ni yea. Dalam rasa ghairah sangat nak buat, tengok2 beras untuk bikin bubur pulak takde, stok kat rumah ni yang ada cuma beras basmathi jenis pra-boiled, yang tu memang tak sesuai untuk buat bubur, sebab takde kanji. Tetapi...ehemm, nasib baik lah peti sejuk rumah pakcik kau ni macam Tesco + MyDin + Aeon...haha, ada kau stok beras calrose, beras butiran pendek yang orang Jepun bikin sushi tu. Maka beras itu pun diperlakukan yang sewajarnya....Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, gitu lah kalau Allah dah izinkan, memang permudahlan segalanya, yea dak...

Resipi che mat agak ringkas, ada dua langkah. Pertama kita sediakan stok atau sup kambing dulu, kemudian baru dimasukkan beras yang telah dicuci dan masak dengan api sederhana hingga menjadi bubur. Bahan2 untuk stok nanti boleh tengok kat bawah. Kalau suka boleh juga masukkan kekacang, seperti kacang kuda dan sayur camput frozen (lobak merah, kacan pis, jagung) ke dalam bubur. Yang tu optional, tak suka takperlu  taruk. Satu lagi, bubur kambing bertambah 'kick' kalau kita hidangkan dengan sambal kicap. kalau tak caya nanti bila dah masak bubur kambing, boleh test tengok. Nak cuba buat? Meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini.....Jommm

BAHAN - BAHAN KUAH SUP :-)
500 gram daging kambing yang bertulang, dicuci, perap dengan sesudu besar tepung gandum dan jus limau nipis selama 20 minit
1 sup bunjut, sup tulang #adabi
2 helai bay leaf
1 batang saleri, potong kecil
1 batang lobak merah, dipotong kiub
1 biji bawang besar, belah 4
5 ulas bawang putih, diketuk
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 pokok daun ketumbar, dikerat kasar
1 camca teh garam
Air secukupnya

BAHAN - BAHAN BUBUR :-)
1 cawan penuh beras wangi atau beras siam (pilih beras yang berkanji), cuci dan toskan
1/2 cawan mix vege (lobak merah, kacang pis, jagung)
1 cawan kacang kuda yang telah siap direbus (boleh guna kacang kuda dalam tin)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar bawang goreng
1 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SUP :- Cuci daging kambing hingga bersih, masukkan ke dalam periuk dan tambah semua bahan2 untuk kuah sup. Tuang air secukupnya hingga daging kambing tenggelam. Masak hingga menggelegak. Cedok keluar buih2 yang timbul pada permukaan air rebusan tadi, tujuannya untuk mendapat kuah sup yang cantik. Rebus hingga daging kambing empuk, tambah air panas jika perlu. Bila empuk, keluarkan daging kambing, dan tapis air rebusannya. (lobak merah dan batang saderi boleh diambil dan dimasukkan ke dalam bubur, jika suka). Ketepikan.
  2. UNTUK BUBUR KAMBING :- Masukkan balik air rebusan yang telah ditapis tadi ke dalam periuk. Masukkan beras dan daun pandan, masak hingga mendidih, sederhanakan api dan terus memasak hingga beras kembang dan boleh masukkan daging kambing, secamca besar bawang goreng, mix vege, kacang kuda dan lada hitam. Kacau rata dan terus memasak hingga menjadi bubur, tambah air  jika suka bubur lebih cair. Rasa dan jika perlu, tambah garam secukup rasa.
  3. UNTUK MENGHIDANG :- Cedok bubur kambing secukupnya ke dalam mangkuk sesuai, cedok sekali daging kambing. Tabur hirisan daun sup, hirisan daun bawang dan bawang goreng. Sudukan sedikit sambal kicap dan boleh hidangkan. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba!...

Post a Comment

1 Comments

  1. Bubur kambing?? toodia memang mengancam betol la. kalau dapat ni menambah la jawab dia huhu

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.