RESIPI BAMIA KAMBING


Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak bamia kambing. Resipi bamia ini antara hidangan klasik orang2 Arab yang mereka bawa masuk ke tanah melayu pada zaman dahulu, khususnya di Johor dan Singapura, semasa mereka menjalankan aktiviti perdagangan. Lama kelama2an ia telah sebati dengan selera oramg tempatan dan diterima menjadi antara hidangan  klasik orang2 Johor dan Singapura. Biasanya mereka menggunakan daging kambing, tapi boleh juga kalau nak gantikan dengan daging lembu, lebih sedap kalau gunakan tulang lembu tapi pastikan yang masih ada dagingnya, bukan tulang lembu semata2. Rempah untuk resipi bamia menggunakan rempah ratus yang dikisar sendiri, tapi kalau nak guna rempah kari daging pun boleh, cuma keasliannya tu agak kurang sedikit. Ada yang tanya che mat, kalau guna ayam boleh tak? Takde masalah. boleh saja kalau nak guna ayam, tetapi dari segi rasa mungkin agak berbeza sedikit...

Hidangam bamia paling sesuai dimakan dengan roti paun/roti bai, roti canai, capati dan roti arab. Selain itu enak juga dihidangkan dengan nasi2 berperisa seperti nasi beriani, nasi minyak, nasi bukhari atau nasi tomato. Nak cicah degan roti jala atau lempeng pekak pun sesuai, senang cerita masakan ini versatile, boleh dihidangkan dengan apa saja yang anda suka. Eh, memang taruk sayur bendi yea? Ha ah, resipi bamia memang ada bendi dan toksah risau, kuah dia ok tak berlendir. Malah menjadi pekat dan sedap. Bamia juga boleh dimasak lebih dan dibekukan dalam freezer, sesuai untuk bulan puasa nanti, masa sahur kalau tak nak makan nasi, boleh hidangan bamia dengan roti. Kalau nak mencuba, meh che mat tuliskan resipinya di bawah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging kambing yang telah siap dipotong
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1
10 - 12 batang bendi, pilih yang kecil, cuci dan toskan
2 biji limau nipis, 1 untuk perap kabing, 1 lagi untuk dimasukkan dalam bamia
2 pokok daun ketumbar, cuci bersih dan kerat kasar
4 camca besar sos tomato
1 cawan susu cair
1 camca besar rata, gula melaka atau gula perang
10 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Minyak sapi secukupnya
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah kecil
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili kering, buang biji, cuci dan rendam dalam air panas selama 10 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
3 camca besar  ketumbar biji
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
1 camca teh penuh lada sulah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daging kambing tadi dicuci bersih, kemudian gaul dengan sesudu besar teung gandum dan jus dari sebili limau nipis. Gaul rata dan perap 20 minit, ketepikan. Sementara itu bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga wangi, gunakan api kecil dan kacau sentiasa. Kisar halus rempah tadi menggunakan pengisar kering atau boleh juga ditumbuk dalam lesung batu, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 2 camca besar. Tambah 3 camca besar minyak sapi dan biar hingga minyak sapi cair. Tumis buah pelaga dan bunga cengkih hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan rempah yang telah dikisar kering tadi. Kacau rata dan masak hingga wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap. Sementara itu, cuci daging kambing yang diperap tadi dan toskan hingga kering. Masukkan daging kambing ke dalam periuk, gaul rata dan masak hingga daging kambing kecut. Tuang air hingga tenggelam, kacau dan masak hingga mendidih, kemudian sederhanakan api, terus memasak hingga daging kambing empuk. Tambah air panas jika perlu.
  4. Bila daging kambing empuk, masukkan susu, jus limau nipis dan gula melaka. Kacau rata dan tambah bendi (jangan lupa buang dahulu bahagian tangkainya), kacau rata dan masak hingga pekat dan bendi lembut. Perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata dan masak 5 - 6 minit lagi dengan api kecil. Sebelum api dimatikan, tambah hirisan daun ketumbar, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan, Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

  1. Wah tak pernah makan lagi bamia kambing ni. nampak menarik ni che mat untuk dicuba

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.