RESIPI APAM NASI

rsz_ang
Assalammualaikum, salam semua, petang tadi sempat jugalah che mat bikin apam nasi. Resipi ni dah ramai orang buat, rasanya geng2 blogger dah banyak mencuba dan berkongsi resipi. Pagi tadi lepas che mat goreng mi hoon, masa nak cuci periuk nasi, tengok2 masih ada baki nasi semalam kurang lebih dalam secawan. Hurmm sayang pulak, lagi pun nasi tu masih elok tak basi. Jadi che mat ketepikan dulu dan kita pikir apa nak buat nanti, apa2 hal kasi siapkan kerja dulu. Memandangkan hari ni Isnin dan mak serta abang long berpuasa, elok juga nasi tadi kita bikin apam nasi. Buatnya pun takde lah susah mana. Che mat keluarkan semua bahan2 dari peti sejuk dan instant yeast che mat memang simpan dalam freezer, keluarkan dan biar pada suhu bilik dulu, baru boleh guna untuk bikin apam. Satu petua nak simpan instant yeast agar tahan lama, instant yeast tu kita masukkan dalam botol, tutup rapat2 dan simpan dalam freezer, in sha Allah, tahan bertahun....

rsz_ang0
Ok, kita sambung cerita pasal apam nasi. Resipi yang che mat bikin ni boleh dapat anggaran 18 - 20 biji apam kalau kita guna acuan kuih puteri ayu. Kalau guna acuan kuih lompang, lagi dapat banyak. Asalnya warna dia putih, dan terpulang pada masing2 nak tarul warna apa. Che mat lagi suka warna hijau, kalau putih pun ok juga, cuma bila ambik gambar, nantu kurang menyerlah pulak kelapa parut tu, putih lawan putih, mana ngam, yea dah. Kalau nak taruk kaler hitam, kang macam apam kena sambar petir pulak, macam berkabung ajer....hahaha. Kalau rasa malas nak bikin dalam acuan kecik2, boleh ajer nak tuang terus dalam loyang besar, cuma masa mengukus tu kena lama lah, anggaran 45 minit macam tu. Kalau ada nasi2 yang berbaki dan dah jemu nak bikin nasi goreng, apa kata cuba pulak bikin apam nasi ni....Resipi che mat kongsikan kat bawah ni...

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 cawan nasi*
1 1/2 cawan air*
1/2 cawan gula*(*dikisar halus)
1 camca teh rata instant yeast
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
Beberapa titik pewarna hijau makanan
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast, gaul rata dengan whisk. Tuang nasi yang telah dikisar tadi, gaul rata dan kacau hingga sebati dan licin. Tutup permukaan mangkuk dengan plaastik cling dan perap semalam 3 jam.
  2. Panaskan kukusan. Gaul kelapa parut dengan sedikit dalam, alihkan ke dalam bekas tahan panas, taruk daun pandan dan kukus selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk. Ketepikan kelapa untuk kegunaan kemudian.
  3. Balut tutup kulus dengan tuala dapur bersih. Sapu acuan dengan sedikit minyak makan, ketepikan. Masukkan pewarna makanan hijau (atau warna kegemaran anda) ke dalam adunan apam dan kacau hingga sebati. Sudukan ke dalam acuan hingga hampir penuh. Buat hingga siap.
  4. Susun dalam kukus dan kukus selama 15 minit dengan api besar. Bila masak, alihkan dari kukusan dan biarkan sejuk sekejap. Boleh keluarkan dari acuan tadi dan hidangkan dengan kelapa parut. Selamat mencuba!

Post a Comment

3 Comments

  1. Tqs kongsi resipi ni Che Mat.. Senang sbb tak yah guna yis tabur2 atas nasi kena tunggu masam berkulat...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.