RESIPI RENDANG DAGING INDONESIA

rsz_rdi
Assalammualaikum, salam semua. Bertemu kembali dengan tuan tanah, haha, macam salah makan ubat ajer si mat tu, yea dak, mukadimah ajer dah mula merepek2. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi dari Indonesia, tak tau lah rendang ni memang dari sana atau ia telah diubah suai. Rendang daging yang che mat bikin hari ini agak berbeza sedikit, tapi bahan2 asasnya hampir sama, cuma tak menggunakan kerisik. Rasa dia macam takde beza sangat dengan rendang Malaysia. Penggunaan herba2 juga sama kecuali ditambah daun salam. Resipi asal kurang pedas sebab dia orang guna cili hidup. Tapi che mat ubah suai sedikit, dengan menambah cili kisar dan juga cili padi. Tekak orang kita ni kalau tak pedas manalah nak selera, kurang stimm....

rsz_rdi1
Che mat bikin guna daging batang pinang dalam sekati atau 600+ gram. Kalau guna daging biasa kenalah masak lama sikit, sebab daging batang pinang kan cepat empuk, jadi cuma guna santan pekat dari sebiji kelapa. Kalau takde santan segar, boleh guna santan kotak yang kecil tu (200 ml) dan tambah sedikit air. Che mat syorkan guna santan KARA, setakat ni santan kara rasa dia memang hampir sama dengan santan segar. Kebetulan mak che mat puasa sunat hari Isnin, jadi bolehlah dia makan dengan lemang masa bukak puasa nanti. Lemang tu kami memang beli lebih, kemudian dibekukan dalam freezer. Bila nak makan boleh dikukus atau dipanaskan dalam microwave. Kalau guna microwave pastikan lemang ditaruk dalam bekas bertutup, kalau tak lemang jadi kering. Bagi yang nak mencuba rendang daging Indonesia, che mat kongsikan resipinya di bawah ini. Resipi asal boleh lihat di sini

BAHAN-BAHANNYA
600+ gram daging batang pinang atau daging pejal, hiris lawan urat, cuci dan toskan
500 ml santan dari sebiji kelapa (atau 1 kotak - 200 ml santan Kara + 300 ml air panas)
2 batang serai, diketuk
4 helai daun limau purut, kalau saiz daun besar, guna 2
2 helai daun salam, boleh ganti dengan bay leaf
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor - che mat tambah
1/4 cawan cili kisar
1 camca besar gula melaka
2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh penuh jintan manis*
1 camca teh penuh jintan putih*
1/2 camca besar lada sulah*(*digoreng tanpa minyak, kemudian kisar kering hingga halus)
1 biji pala. diparut
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
3 biji buah keras, dihiris
1/4 cawan cili padi kampung, optional

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/3 cawan. Tumis serai hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah bahan2 kisar halus dan parutan biji pala, kacau rata dan masukkan rempah ratus yang telah dikisar kering tadi. Gaul dan masak hingga naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan santan, kacau dan biarkan mendidih. Masuk daging daun kunyit, daun salam dan laun limau purut. Kacau rata, masak dengan api kecil hingga pekat. kacau sekali sekala agar tidak hangus.
  3. Tambah asam gelugor, perasakan dengan sedikit garam dan masukkan juga gula melaka. Kacau rata, masak hingga pecah minyak dan rendang kering, jika daging masih belom empuk, boleh tambahkan sedikit air panas. Rasa, jika perlu baru dimasukkan sedikit lagi garam. Masak sekejap lagi, dan boleh matikan api. Hidangkan dengan ketupat, lemang atau nasi. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.