Kurang lebih 10 hari
lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang mulia. Masa tu suri rumah pasti mula sibuk
memikirkan juadah untuk dihidangkan pada waktu berbuka. Selain juadah, minuman
paling menjadi keutamaan. Bukan tak boleh beli di bazar-bazar Ramadan, tapi
lebih bagus jika kita boleh buat sendiri di rumah. Che Mat, lebih suka yang
ringkas dan senang dibuat. Apa tah lagi bagi mereka yang bekerja, kalau boleh
nak yang cepat disediakan dan paling penting sedap. Ok, kali ni Che Mat nak kongsikan
satu resipi minuman paling ringkas untuk anda cuba. Bukan sahaja sesuai di
bulan Ramadan, tapi boleh dihidangkan pada setiap masa…
Minuman
penyegar tekak ini Che Mat beri nama Teh
Krisantimum Yeo’s Selasih Dan Laici. Buatnya sangat senang, anak-anak pun boleh
buat, janji ada Teh Krisantimum Yeo’s dan bahan-bahan mudah seperti dalam
gambar tu. Hidangan ini untuk seorang, kalau nak buat lebih anda boleh tambah
lagi ikut kesesuaian. Antara yang diperlukan ialah...
1
kotak kecil (250 ml) Teh Krisantimum Yeo’s
Buah
laici secukupnya
1
camca teh biji selasih, direndam dalam 1/3 cawan air panas hingga kembang
Ais
kiub secukupnya
Yang
bagusnya Teh Krisantimum Yeo’s ini telah dikurangkan kandungan gulanya jadi ia
kurang manis, tanpa bahan pengawet dan cara mereka mengekstrak teh krisantimum
itu sendiri dengan teknik merenih atau dimasak perlahan dengan api kecil. Ini
lebih menyihatkan dan yang Che Mat tau, Teh Krisantimum juga dapat menurunkan
panas dalam badan. Bagi pengguna Muslim, jangan risau Teh Krisantimum ini HALAL
dan senang cerita semua produk Yeo’s memiliki sijil HALAL yang sah. Boleh
dimakan atau diminum tanpa was-was.
Sempena
Ramadan, Yeo’s akan mengadakan kempen – Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang
Dan Menang Duit Raya Musim Kedua. Ini satu inisiatif dari Yeo Hiap Seng
(Malaysia) Berhad (Yeo’s) sebagai peneraju pengeluar makanan dan minuman untuk
menggalakkan orang ramai menderma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan
ini nanti akan ditukar ke bentuk wang tunai dan disalurkan ke enam buah rumah
anak yatim piatu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Penyumbang juga
berpeluang memenangi duit raya mencecah RM 58,000!!...lumayan sangat!..
Sebagai
tanda sokongan, kempen Yeo’s Ceria Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya
Musim Kedua ini turut menampilkan selebriti-selebriti tanah air seperti Kaka
Azraff, Heliza Helmi, AG, Shukri Yahya, Feeya Iskandar dan Faizdickie, memang
meriah. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi 1300-80-2828 atau terus ke
laman web Yeo’s di www.yeos.com.my ….Selamat menyambut bulan
Ramadan dan selamat beramal kawan-kawan semua…
4 Comments
Wahh.... menyelerakan... sedap ni sejuk-sejuk!!
ReplyDeleteMudah nya nak buat...resepi mudah nak ingat
ReplyDeleteBest jugak ni.
ReplyDeleteBoleh tak link kan blog saya dgn blog tuan. Blog saya:
biarlembuyangjadilembu.bloglist.com
Sedapnyaaa..... nanti nak buat la..
ReplyDelete