Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Hari ni che mat kongsikan satu resipi masakan kampung. Jika dikampung2, pucuk paku merah yang macam che mat guna tu boleh dipetik ditepi2 jalan. Biasanya kawasan bertanah gambut, pucuk paku jenis macam ini tumbuh agak subur. Kalau tak kuasa nak petik boleh beli di pasar2 tani in sha Allah ada jual. Resipi pucuk paku masak lemak sama keledek ini atas permintaan bonda. Anda ada dua pilihan, samada nak guna pucuk paku hijau, atau yang macam che mat guna. Dari segi rasa ada perbezaan, yang merah ini rasa dia lebih lemak tapi dihujung2 rasa ada sedikit rasa kelat. Disebabkan ni petik sendiri, anggaran yang che mat guna dalam 3 cekak, tapi nampak saja banyak dah nama pun daun, bila masak dia kecut takde lah jadi banyak sangat. Kalau anda nak lebih sedap, che mat sarankan anda guna udang kering sebagai perencah. Che mat guna ikan bilis saja, sebab ada yang pantang tak boleh makan udang termasuk udang kering. Resipi memang senang, meh che mat kongsikan....
3 cekak pucuk paku merah, diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
2 biji keledek saiz sederhana, kupas, potong berbaji dan rendam
2 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 cili merah, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan direndam
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan bawang besar, bawang putih, serai, ikan bilis (toskan airnya) dan keledek ke dalam periuk. Tuan santan cair dan masak hingga mendidih, kecilkan api dan masak hingga keledek 1/2 empuk.
- Masukkan pucuk paku, gau rata dan masak sekejap. Tuang pati santan. Kacau dan biarkan mendidih dengan api sederhana. Kacau selalu dan masak hingga keledek empuk.
- Akhir sekali masukkan cili merah hiris, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng.
1 Comments
pucuk paku merah... memang sedap.
ReplyDelete