Assalammualaikum, salam semua. Kalau semalam che mat kongsikan resipi ayam masak bali, hari ni nak kongsi resipi yang lebih ringkas tapi amat2 membuka selera. Sambal tok tok jawa, sejenis sambal yang boleh dikatakan terkenal dan amat sesuai menu sampingan bersama nasi panas. Sebenarnya jika anda bikin sambal ni, dah tak perlu lauk pauk yang banyak. Ada ikan goreng, nasi panas dan kicap JALEN, ia sudah cukup. Jika anda suka pedas, boleh lebihkan cili padi. Yang ni che mat campur dengan cili merah dan cili padi hijau dan merah serta sebiji tomato. Tomatu tu biji dia dibuang, tujuan untuk mengelakkan sambal anda terlalu berair. Kalau nak mantap lagi, anda boleh hidangkan sambal ini dengan petai sebagai ulam, sah2 bertambah nasi!....tak sabar nak mencuba?....Jomm kita lihat resipinya..
2 biji cili merah, dikerat2
10 biji cili padi hijau
10 biji cili padi merah
1 biji bawang besar, potong kasar
1 ulas bawang putih, potong kasar
1 biji tomato, buang bijinya, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 inci belacan
Sedikit garam
Limau kasturi secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan hingga wangi, angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, goreng cili padi merah/hijau, cili merah, bawang besar dan bawang putih hingga layu, kemudian masukkan tomato dan goreng sekejap. Matikan api dan angkat bahan2 tadi.
- Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah belacan dan sedikit garam, tumbuk hingga semua hancur, tak perlu sampai lumat sangat, biar dia sedikit kasar. Tambah pulak ikan bilis dan gesek2kan hingga ikan bilis bergaul dengan sambal tadi. Cedok keluar dan alihkan ke dalam bekas sesuai. Perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..
6 Comments
Bukan Tok Tok tapi Totok lah Che Mat. Totok maknanya Jawa Piau (pure). Hehehe
ReplyDelete@ Kjee - hahaha...baekk kak jee..kita dah edit....terima kasih..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini Che Mat!
ReplyDeleteMcm sedap nampak dan menyelerakan!...caranye pun tak ssh dan bahan2nye pun mudah di cari...nak cuba lah...makasih Che Mat kerana sudi berkongsi idea....
ReplyDeleteMcm sedap nampak dan menyelerakan!...caranye pun tak ssh dan bahan2nye pun mudah di cari...nak cuba lah...makasih Che Mat kerana sudi berkongsi idea....
ReplyDeleteMcm sedap nampak dan menyelerakan!...caranye pun tak ssh dan bahan2nye pun mudah di cari...nak cuba lah...makasih Che Mat kerana sudi berkongsi idea....
ReplyDelete