UBI REBUS GORENG DAUN KARI

rsz_urgr
Assalammualaikum, salam Khamis. Terakhir che mat kemas kini blog 1hb lepas, maksudnya 4 hari dah tak de entri baru. Sebenarnya che mat kurang sihat sikit, sakit tekak, selsema dan batuk2 sikit. Masak pun campak2 apa yang ada kat dapur saja. Hari ni tiba2 teringin nak makan ubi rebus yang digoreng, tapi takmp goreng togel macam tu saja, nak goreng taruk rempah ratus. Kebetulan che mat ada ambik daun kari yang segar, jadi kasi campurkan sikit, kita kasi hiris halus2. Ubi rebus tu che mat agak2 saja. Tapi dah siap goreng ada lah dalam sepinggan makan. Sedap dimakan bersama sambal kicap dan sesuai untuk minum petang atau pun sarapan pagi. Resipi dalam kategori mudah, yang penting ada ubi rebus...Ok, jomm che mat kongsikan resipinya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya (anggaran 1 pinggan makan)
3 - 4 camca besar penuh tepung beras (cap teratai )
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/3 camca teh serbuk lada sulah
12 helai daun kari, dihiris halus
4 - 5 camca besar air
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas ubi, kerat pendek, cuci bersih dan rebus, masukkan 1 camca besar garam. Rebus hingga ubi betul2 empuk. Toskan airnya dan biarkan ubi sejuk. Kemudian hiris kecil kurang lebih saiz jari orang dewasa dan masukkan dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 tumbuk halus, daun kari, serbuk kunyit. sedikit garam dan air. Gaul hingga semua sebati. Tambah tepung beras, kemudian gaul hingga rata dan rempah2 melekat pada ubi tadi. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng ubi tadi hingga kuning keemasan, balik2kan agar ubi masak sekata. Angkat, toskan minyaknya dan taruk atas tissue dapur yang bersih. Boleh hidangkan bersama sambal kicap...Selamat mencuba!!.

Post a Comment

3 Comments

  1. wow! inovasi baru ubi rebus ! mesti cuba ni

    ReplyDelete

  2. terima kasih, misti sedap respi ni. semoga en. Ben cepat sembuh,amin

    ReplyDelete
  3. lama dah tak pekena ubi rebuss , zaman kanak-kanak dulu , pagi , petang ubi rebuss seronoknyer cicah ngan sambal bilis tak pon makan ngan ikan kering atau kelapa parut..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.