Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Che mat curi2 masa untuk update blog. Hari ni masak yang betul2 simple tapi cukup sedap ditekak che mat. Mungkin resipi ini dah ada dalam entri2 lepas, tapi che mat tetap juga jadikan ia entri. Bagi yang menggemar masakan mudah ini, mungkin anda boleh tambah koleksi resipi berasaskan terung dalam simpanan anda. Selain senang dimasak, ia juga tidak menggunakan bahan2 yang banyak. Sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut atau boleh juga dimakan bersama bubur nasi. Disebabkan saiz terung yang che mat guna kecil, maka ku guna dalam 7 - 8 biji, kalau terung biasa, anda boleh guna sebiji terung ungu saiz besar. Resipi seperti berikut..
BAHAN - BAHANNYA :-)
7 - 8 biji terung saiz kecil (atau 1 biji besar terung ungu)
1 camca besar ikan bilis
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 biji cili merah, hiris memanjang
1 biji cili hijau, hiris memajang
4 camca besar kicap lemak manis JALEN
1/2 camca besar kicap pekat JALEN
1/4 camca teh cuka makan JALEN
4 camca besar air
Sedikit daun sup untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Terung dicuci dan toskan. Kemudian belah 2 tapi tak putus setiap 1. Gaulkan dengan sedikit garam hingga rata. Kemudian goreng sekejap dalam 20 saat. Angkat, toskan dan taruk atas tissue dapur bersih agar minyak terserap. Susun terung dalam mangkuk sesuai. Ketepikan.
- Ikan bilis dibersihkan, cuci, toskan. Kemudian goreng hingga garing, angkat dan ketepikan. Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
- Masukkan kicap lemak manis, kicap pekat, serbuk lada sulah dan air. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau. Masak hingga pekat sedikit. Akhir sekali masukkan cuka makan, Kacau dan matikan api.
- Tuang atas terung yang telah disusun dalam mangkuk tadi. Tabur ikan bilis goreng dan hiaskan dengan daun sup. Hidangkan segera bersama nasi putih, sambal belacan dan lauk2 lain. Selamat mencuba!!..
0 Comments