Salam semua, hari ni che mat kongsikan biskut yang che mat bikin semalam. Sekali pandang anda dah tau apa biskut ini. Ia menjadi satu biskut wajib setiap tahun di rumah che mat. Dan tradisi membuat biskut senyum ini sudah diamalkan sejak bonda che mat muda belia lagi. Kata bonda bentuknya memang asal2 bulat, digolekkan dengan kelapa kering dan dihias dengan setoet ceri merah diatasnya. Sejak che mat mengambil alih membuat biskut setiap kali menjelang lebaran, biskut senyum pasti ada. Buatnya senang dan hasilnya, sedap, dan lesap dimulut. Satu rahsia yang che mat perhatikan, Adunan biskut senyum sedikit berbeza dari biskut biasa. Ia seakan2 kita membuat pastry rapuh. Mentega diletak kemudian sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tapi adunan tidak boleh diadun terlalu lama hingga berminyak. Apa2 pun ini satu biskut yang penuh kenangan, penuh nostalgia dan menjadi keutamaan....Resipi seperti berikut..
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung jagung (kalau boleh guna jenama Brown & Polson / cap kupu-kupu)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh rata baking powder*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
80 gram gula aising, diayak
1 cawan kelapa kering
1 kuning telur gred A
1 camca teh esen vanilla
Mentega secukupnya (kurang lebih 250 gram)
Ceri merah, dipotong kecil, untuk hiasan
Kelapa kering untuk menyalut biskut
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kelapa kering digoreng tanpa minyak dengan api kecil selama 3 - 4 minit sambil dikacau sentiasa. Sejukkan kemudian kisar halus dan gaul rata dengan tepung yang telah diayak tadi. Ketepikan.
- Putar gula aising dengan kuning telur hingga berkrim. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + kelapa kering tadi sedikit demi sedikit hingga habis, adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
- Sudukan mentega sedikit demi sedikit, hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Matikan mesin. (berkemungkinan mentega tidak habis diguna). Tutup aduna dengan tuala dapur lembap untuk mengelakkan doh kering.
- Ambil sedikit adunan (kurang lebih 1 camca teh) dan bulat2kan seperti guli. Golek2kan dalam kelapa kering dan susun dalam dulang pembakar, buat hingga siap. Kemudian hias dengan ceri atasnya dan tekan sedikit.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 20 - 25 minit, bergantung pada oven masing2. Pastikan anda pusing2kan dulang pembakar selepas 10 minit, tujuan untuk biskut dibakar sekata. Sejukkan biskut atas dulang sekejap sebelum dialih atas jaringan. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.....menghasilkan kurang lebih 100 biji biskut senyum (^__^)
6 Comments
comel je rupa biskut tu. barang buat kueh dah beli, mood nak membuat belum mari. alahai.
ReplyDeletewah macam menarik je buat kue ni...nak try buat la nanti in sha Allah....terima kasih sudi kongsi resepiadmin.
ReplyDeletewah..salute lah che mat!
ReplyDeletemacam abah mama pandai masak.
Mesti tersenyum-senyum bila makan biskut ni
ReplyDeletedok mencari2 resepi kueh raya..best ni..boleh cuba..tq
ReplyDeleteterima kasih sudi kongsi resepi....
ReplyDelete